Friday, September 6, 2013

KISAHKU : Seperti Aku Bermimpi


KISAHKU, SEPERTI AKU BERMIMPI (Hargailah ibu bapa)


Bab 1.
Tiap hari aku harap suma ini satu mainan tidur dan aku harap aku dpt bgun dr mimpi ini. Aku juga anggap setelah aku bgun aku dpt teruskan hari2 ku spt biasa. Aku harap agar dapat melihat ayah pulang dr kerja setelah aku terjaga dr tidur. Tapi... ternyata mimpi ini bukan lah mimpi.. aku berada di dunia realiti. Aku cuba memahami kronologi hari2 ku sblm ni. Aku tak mampu menahan kesedihan pabila datang rasa rindu utk melihat ayah kmbali normal. Aku teringat saat ayah menonton televisyen, bermain aplikasi candy crush, membaca berita di handphone nya. Aku tak dpt menahan rindu akan ayah apabila aku sdg menunggang motosikal dan teringat akan kecekapan ayah menunggang. Memang sesekali ayah bawa moto agak laju tetapi itu kerana aku sudah lewat kesekolah. Terasa baru tadi ayah memberikan wang rm150 kpd ku utk membayar moto merah. Kata ayah, moto itu boleh dijual semula apabila aku sudah habis tingkatan 5. Aku tidak dapat menangkap maksud tersirat yg ada dalam kata2 itu... Ayah juga sering pulang lewat kira2 jam 3-5 pagi. Hampir setiap hari ayah pulang lewat.. Pernah satu hari itu, pada pukul 3.30 pg, aku masih menonton tv. Tiba2 aku terdengar bunyi moto ayah di luar rumah. Aku terus tidur2 ayam di depan tv dan menutup tv cepat2. Alasannya krn aku tdk mahu ayah risau bila aku tidur lewat. Tatkala aku solat, terngiang-ngiang di telingaku bacaan surah alfatihah oleh ayah. Tidak lupa juga surah2 lain yg ayah sering baca. Aku rindu utk berjemaah bersama-sama ayah.

Bab 2.
Aku rindu akan bacaan yasin secara berjemaah yg dipimpin oleh ayah. Bacaannya lancar dan selesa didengar. Aku rindu utk makan bersama-sama ayah. Duduk di satu meja dan makan lauk pauk yg mak masakkan. Seringkali ayah puji masakan mak. Bulan ramadan 1434, kami sering beli bakso di tepi kedai 1Stop. Baksonya masin tp sedap. Ayah suka makan bakso yg dibubuh sambal kerana sedap baginya. Sahur juga kami sering bangun makan...ayah akan panggil namaku bila aku masih tidur.. Aku rindu akan setiap baris kata yang ayah ucapkan. Tipu lah jika aku cakap kesedihan sudah benar2 tiada..

Bab 3.
Isnin 26 ogos 2013 / 20 syawal 1434H.
Aku ke sekolah spt biasa. Pulang ke sekolah juga spt biasa. Pukul 2.30 ptg aku pulang. Kira2 pukul 4 ptg, mak telefon mengatakan ayah di wad kecemasan, pengsan. Aku terkejut krn ayah smpai dimasukkan ke wad kecemasan. Pasti agak teruk kondisinya. Aku terus ke hosp kira2 pkul 4.30 ptg. Aku bergegas ke wad kecemasan dan nmpak mak berdiri di sblh ayah. Aku lihat ayah dan berkata "Ayah..ayah sedar dah ya.." Ayah tidak memberi respons sebaliknya hanya tenung aku. Kondisinya normal cuma kelihatan keliru.. Aku terus tanya mak sama ada sudah beritahu kakak2 dan abgku yg lain. Mak kata bhw mak hanya beritahu kakngah. Aku terus beritahu mak utk telefon kaklang.. kaklang terkejut dan sblm aku meletakkan telefon, aku terdengar kaklang berkata dengan nada yg sedih "Ayah masuk wad!!!.."

Bab 4.
Aku pulang ke rumah kira2 jam 6.30 ptg kerana risau hari semakin gelap. Sblm pulang aku carikan ayah bubur arab yg dijual berdekatan stesyen bas taiping. Sampainya aku disitu, kedai itu tutup. Niatku terpaksa dibatalkan kerana tuan kedai yg berhampiran memberitahu bahawa kedai itu telah ditutup sejak berbulan yang lalu. Aku sebaliknya membeli nasi goreng ayam dan sup dgn harapan ayah dpt makan setelah stabil. Kira2 hampir maghrib, kakngah dan abg razif smpai ke hosp taiping. Aku di rumah rasa tak tenang, aku terus mengambil baju dan seluar ayah yg dipakainya siang tadi. Bajunya terkena muntah dan seluarnya basah kerana ayah terbuang air kecil di dlm seluar. Dalam fikiranku, ternyata kondisi ayah agak lain macam. Ayah tak spt ini. Aku hanya mampu berdoa ayah selamat dan dpt pulang ke rumah keesokan harinya. Kira2 11 mlm, kakngah pulang dan aku bertanyakan apa kata doktor. Kakngah cakap bahawa ayah diserang stroke (angin ahmar). Separuh badan sebelah kanan tidak dpt digerakkan. Ayah juga tak mampu berbicara. MashaAllah!.. Luruh jantungku, senak perutku pabila mendengar kata2 kakngah itu. Air mata mengalir deras dan tidak mampu ditampung kolam mataku...

Bab 5. (akhir)
Aku hanya mampu doakan kesejahteraan ayah setiap masa dan ketika aku selesai solat. Aku sering berharap agar ayah dapat kembali spt dulu. Terlalu banyak perkara dan pengorbanan ayah kepada kami anak-anaknya. Mana mungkin kami tidak risau. Ayah, ayah akan sembuh ya. Ayah kuat. Lela akan berubah dan tolong mak ayah. Lela selalu berdoa utk ayah. Lela tak mampu nak jaga ayah macam ayah jaga lela masa lela sakit dulu. Tapi lela akan cuba. Maafkan lela ayah, lela sering sia-sia kan kemudahan yang ayah beri. Lela akan buat yang terbaik utk ayah. 

Doa:
Ya Allah ya Tuhanku, Aku terima ujian ini ya Allah. Wahai Maha Penyembuh, hanya Engkau yang berkuasa menyembuhkan ayah...maka sembuhkanlah ayah spt keadaan yang sediakala. Janganlah Engkau letakkan ujian ini kerana kesalahan kami. Ampunilah dosa ayah kami, Mohd Shariff b. Harun dan ibu kami, Normah binti Mohamed Saaidin. Amin ya rabbal 'alamin.
Benar, hargailah ibu dan ayah selagi mereka masih ada. Hargailah setip waktu yang terluang utk membantu mereka. Pengorbanan mereka tidak dapat dibalas walau dengan segunung harta. Doa anak akan bersama-sama ibu dan ayah. InsyaAllah.
Wassalam.......


Posted on Facebook @ 30 August 2013

Monday, July 15, 2013

Trial SPM o.O

Howdy guys~!
Assalamualaikum..

Ha...Pejam celik pejam celik dah pertengahan bulan Julai. Hari ni pun dah masuk 6 Ramadhan. 
Alhamdulillah, semenjak ada 2 member baru dalam family, takde la bosan sangat. Satu nama Kelabu, satu nama Putih. Hehe, Comel je...

Seriously saying, saya tak ready langsung utk TRIAL SPM. Hoh.
Skrg ni rasa mcm segala kepandaian dan kepintaran utk menjawab diharapkan turun dari langit masa jawab exam. Ye la. Mana taknya. Study pun tak. Haih. Tapi memang tak la. Tk study, tp result nak flying colours. Haih.

Lagi satu ni, saya tengah cuba membiasakan diri dengan menjadi lebih fokus dalam kelas. Yeah, I admit. Sometimes saya tak fokus sangat. Tak tau la sebab terlalu bosan ka, atau terlalu lambat pick-up apa yg cikgu cakap. Dulu saya tak macam ni, mungkin semenjak jalani rawatan. Hum.

Walaubagaimanapun, by hook or by crook, saya memang kena berubah. Bulan takkan jatuh ke riba, bola takkan datang bergolek, pipih takkan datang melayang. So, ape lagi? Study ah!

Haha.. Tu je la kot. Tetiba rindu nak tulis blog. So ok lah~ Chiao.

Thursday, April 4, 2013

Sahabat, lawan or... kasih? oops

Hari ni sy tak betul sikit.. Haha..
Ok camni. Hidup kita ni kan ade banyak jenis manusia. Orang yang rapat dengan kita, dikategorikan sebagai keluarga, kawan, sahabat atau kekasih :P. Betul kan?

So macam mana nak bezakan antara kawan, sahabat atau kekasih nih? 

Haha okay. One.
Cara nak kenal sahabat.
  1. Juga dikenali dalam erti kata lain iaitu Best Friend Forever~ 'BFF'
  2. Dia akan selalu berada dengan korang waktu susah dan senang.
  3. Seseorang yg dah lama berkawan dengan anda dan anda sangat rapat dengannya.
  4. Apabila dia bergurau senda dengan anda secara berlebihan a.k.a kutuk kaw-kaw xD, anda takkan rasa marah atau tersinggung. Bahkan anda akan mengutuknya kembali :P
  5. Teman yang selalu sedia share makan, minum, duit, story, feeling, dll.
  6. Dia takkan marah anda kalau anda menegurnya dan dia akan terima seadanya.
  7. Seseorang yang anda akan rasa selesa apabila duduk di samping nya. 
  8. Apabila anda menangis, anda akan perlukan dia untuk jadi tempat mengadu.
  9. Dia akan merahsiakan perkara yang akan kongsi bersama-samanya.
  10. Akan share ilmu-ilmu yg dia ada dan kadangkala korang rasa mcm berkawan dengan ustazah/pakar motivasi.
  11. Pendek kata, korang memang tak tumpah macam isi dengan kuku. Walaupun berbeza tetapi korang tetap ade chemistry~

Ok, tu cara nak kenal sahabat. Cara nak kenal lawan ( of course dari sudut negatif) caranya pulak cenggini~
  1. Bersama-sama anda ketika senang sahaja. Anda dibiarkan sendirian apabila mengalami kesusahan. Huish teruk betul.
  2. Mendekati anda untuk mengambil kesempatan. Contoh: Sbb anda anak org kaya, atau anda ni hot setap (hot stuff lol) atau sebab anda ni hebat *lol takde idea nak pikir sebab lain*
  3. Kadang-kadang jadi talam dua muka.
  4. Air mukanya kadang-kadang ok, dan sebaliknya.
  5. Bijak memanipulasi kata-kata untuk kepentingan peribadi.
  6. Suka bocorkan rahsia anda. Kalau boleh setiap satu perkara yg anda kongsikan bersama-samanya pasti akan diceritakan kepada orang lain.
  7. Memburukkan diri anda pabila anda tak bersama-samanya.
  8. Anda akan rasa kurang selesa apabila bercakap dengannya.
  9. Pendek kata, korang boleh detect someone tu kawan ke lawan. So decide~
And then cara nak kenal kasih.. korang sendiri tau kan? :) Live life~

Sunday, March 31, 2013

Tasha Mansahar - Be Mine

Lewls~
Ok, hari ni sy nak share satu lagu dengan korang!
Layan~ :D


Cute je lagu ni. Just exactly same as my story. Hoho. Sebijik! Seriously. Haha. 

Saturday, March 30, 2013

Benci bila Jatuh lagi

Assalamualaikum!
Hola!
Konnichiwa!
Annyeong!
Hi!
Helo!
Salam!

Seperti mana tajuk yang tertera di atas.
Jatuh tu bukan lah jatuh terjelepok atas lantai ehh, jatuh ni lain..ni jatuh cinta.
Hoho. Ok. Macam mana nak start eh..
Ok, last week, sy online Omegle. Ha, omegle ni tempat stranger dok 'berjumpa'. Selalu jugak lah on omegle ni bila bosan. Satu hari nih, ntah kenapa lepas solat asar, terasa macam nak online omegle... So, online la guna te-te-te-telepon. haha. Ok, and then jumpa la satu stranger ni.
Mula2 conversation ngn dia, rase mcm eh..dia ni org cina ke ape.. sbb kadang2 t'jumpa stranger cina, so go on je la.. Ok la bila jumpa mamat ni.
Tak macam stranger lain yg datang omegle semata-mata nak 'puaskan' diri. err.
Ok. Skip skip skip.
Dah kenal2 sy pun add la dia kat fb kan. Ok ok. We kinda have few things in common, which is, we came from almost same area, and that's kinda ok to me.
Ok. Skip skip skip lagi.
Entah bagaimana, I gave him my num. So we keep in touch lol.
And then, entah bagaimana lagi, sy terrrrr'jatuh' cinta terhadap beliau!
Haha.


Ok, back to the title, begini ha.
Sy sebenarnya tak suka bila rasa jatuh cinta ni. Bila kita dah suka kt someone tu, rase cm tak nak miss every single second without him. LOL ayat -.-

And then bila tak sembang dgn dia, even for 5 minutes cmtu, rasa mcm tak nak buat apa2. Atau dalam erti kata lain, rasa mcm pemalas yang amat. haha.. Maybe because of the longing feeling.

And then, I can't stop thinking about him. Erghhh!! >_<
Shoot!

Haih, pastu rase cm nk p jumpa dia pastu ckp, "Boleh tak awak jangan masuk dalam fikiran saya??!"
Lol. memang tak lah.

Furthermore, bila dah Fall in Lovee ni, mesti rasa tak kena ja. Pernah dengar kan quote "Tidur tak lena, makan tak lalu, mandi tak basah."
Lol. That's exactly how I feel. Rase macam stupid tau tak? >_<

Haha. Ok, and then nak habaq mai ni. Jangan la korang easily fall in love mcm sy ni eh. Serious stupid giler bila kita fall in love without any specific reason. Haha, tapi kalau korang dah terjatuh nak buat macam mana kan.

So, begini ha. Jangan lah libatkan diri korang dengan 'sweet friendship' :P nih. Tak kemana pun.
Kalau kita single lagi, tunggu je lah masa yang sesuai. Allah dah tetapkan dah orang yang sesuai untuk kita.
Tak perlu susah2 cari stranger kat omegle. 

Ok. Tu je la pun. Haih. SPM lagi berapa hari lagi ntah. >_< Dok sibuk pasal cintan cintun.

Tuesday, March 19, 2013

Pantoon belajaq..

Belayar lama ke Teluk Minyak,
Di tengah pelayaran terjumpa Temagi,
Kerja sekolah confirmlah banyak,
Satu ape pun tak siap lagi.

Menaiki bahtera bersama Si Kenit,

Si Kenit budak baru belajar,
Tabiat suka belajar last minute,
Memang itu kebiasaan pelajar.

Menonton tv cerita Seekers,

Cerita Seekers menyeramkan sikit,
Dah dalam kelas takde fokus,
Waktu exam ilmu pun jadi sikit.

Ingin melancong ke negara Kenya,

Tapi duit cukup-cukup makan saja,
Waktu dalam kelas malu bertanya,
Dah tak paham dibiarkan pula sahaja.

Sisa kumbahan disalurkan ke loji,

Kumbahan boleh dijadikan baja,
Remaja sekarang generasi berteknologi,
Lebihkan internet dari belajar.

Kebiasaan anak generasi kini,

Bijak pandai ada juga bergaya,
Kenapa saya cipta pantun begini?
Dah ini memang kehidupan saya.

Musim kemarau sungguh menyeksa,

Cubalah menakung air di paya,
Terima kasih kerana meluangkan masa,
Itulah saja pantun saya.

DAH DAH. PI BELAJAQ! SPM TAK LAMA LAGI OII. 




Thursday, February 21, 2013

Sunday, January 13, 2013

Learning for Dummies

Hallo hallo!
Assalamualaikum!
Hari ni saya ingat nak belajaq gitar, belajaq online la kan...
Tp tadi dok belajaq2 tetiba takdak mood.. Haih..
Ada dua faktor penyebab mood hilang nih...
Satu : Gitar lama, bau anai-anai, bunyi pun hampeh..
Dua : I am a dummy in learning something I have never into it.. haih




So, If there's anyone out there who could help me, please just email me or dm me at twitter or any social network that I have. Teringin sangat nak belajar main gitar ni. Boleh buat hilang rasa sunyi. Kalau kekadang bosan, rasa macam nak bajet ala-ala artis gitu, boleh la jamming sorang2. Huhu..


Bukannya apa kan. Saya ni dah tengok tutorial kat youtube, baca blog pasal gitar, cari info pasal gitar. Haih. Tup tup. Tak masuk pun dalam kepala apa yg ada kat internet. Masuk tu ada la jgak kan, tp dalam dua tiga ketul benda simple ja. Haih. Yang G minor, fred, ape ape tu ade yg faham, ade yang confuse.


Whatever it is. I'm not going to quit! Ya!


I think, learning piano is easier than learning guitar. :'(

Or maybe, I don't have to involve myself music.
aOr If we want to learn something that is required practical thingy, just learn it from a teacher or any Guru.
Even our friend could be our Guru. lol

So, ilmu itu memang sukar untuk diperolehi, kita kena la sabar kan .. hoho..


Jadi, for conclusion on my title: Learning for Dummies is exactly pointed on me who is quite slow or whatever you called. I wish I had a better mind for me to pick up whatever I learn from the internet. :/


So, lebih baik belajar ilmu akhirat sebab ilmu akhirat lagi senang kita nak belajar and amalkan. InsyaAllah.


Ape ape pun, just do whatever you like as long it will not makes Allah murka or it does not langgar undang2.


Wakaka bahasa rojak sangatlah memeningkan kepala. Kesian readers semua. Haha.. bukan nya saya ada banyak follower pong. Haha.. Tu la kot.


I have my 2013 resolution which is I am only allowing myself to post at least two post a year. Haha!

So this is first post in 2013 (is it?). Lol.

I have only one more post left!! OMG OMG.. Haha. Tak kesah lah. ok..


Tata :*


Assalamualaikum :)