Tuesday, March 19, 2013

Pantoon belajaq..

Belayar lama ke Teluk Minyak,
Di tengah pelayaran terjumpa Temagi,
Kerja sekolah confirmlah banyak,
Satu ape pun tak siap lagi.

Menaiki bahtera bersama Si Kenit,

Si Kenit budak baru belajar,
Tabiat suka belajar last minute,
Memang itu kebiasaan pelajar.

Menonton tv cerita Seekers,

Cerita Seekers menyeramkan sikit,
Dah dalam kelas takde fokus,
Waktu exam ilmu pun jadi sikit.

Ingin melancong ke negara Kenya,

Tapi duit cukup-cukup makan saja,
Waktu dalam kelas malu bertanya,
Dah tak paham dibiarkan pula sahaja.

Sisa kumbahan disalurkan ke loji,

Kumbahan boleh dijadikan baja,
Remaja sekarang generasi berteknologi,
Lebihkan internet dari belajar.

Kebiasaan anak generasi kini,

Bijak pandai ada juga bergaya,
Kenapa saya cipta pantun begini?
Dah ini memang kehidupan saya.

Musim kemarau sungguh menyeksa,

Cubalah menakung air di paya,
Terima kasih kerana meluangkan masa,
Itulah saja pantun saya.

DAH DAH. PI BELAJAQ! SPM TAK LAMA LAGI OII. 




PERHATIAN
Pantun di atas tidak berkaitan dengan sesiapa yang masih hidup atau telah tiada. Sekiranya terdapat persamaan, itu hanya kebetulan dan harap dimaafkan. hehe

No comments:

Post a Comment