Friday, September 6, 2013

KISAHKU : Seperti Aku Bermimpi


KISAHKU, SEPERTI AKU BERMIMPI (Hargailah ibu bapa)


Bab 1.
Tiap hari aku harap suma ini satu mainan tidur dan aku harap aku dpt bgun dr mimpi ini. Aku juga anggap setelah aku bgun aku dpt teruskan hari2 ku spt biasa. Aku harap agar dapat melihat ayah pulang dr kerja setelah aku terjaga dr tidur. Tapi... ternyata mimpi ini bukan lah mimpi.. aku berada di dunia realiti. Aku cuba memahami kronologi hari2 ku sblm ni. Aku tak mampu menahan kesedihan pabila datang rasa rindu utk melihat ayah kmbali normal. Aku teringat saat ayah menonton televisyen, bermain aplikasi candy crush, membaca berita di handphone nya. Aku tak dpt menahan rindu akan ayah apabila aku sdg menunggang motosikal dan teringat akan kecekapan ayah menunggang. Memang sesekali ayah bawa moto agak laju tetapi itu kerana aku sudah lewat kesekolah. Terasa baru tadi ayah memberikan wang rm150 kpd ku utk membayar moto merah. Kata ayah, moto itu boleh dijual semula apabila aku sudah habis tingkatan 5. Aku tidak dapat menangkap maksud tersirat yg ada dalam kata2 itu... Ayah juga sering pulang lewat kira2 jam 3-5 pagi. Hampir setiap hari ayah pulang lewat.. Pernah satu hari itu, pada pukul 3.30 pg, aku masih menonton tv. Tiba2 aku terdengar bunyi moto ayah di luar rumah. Aku terus tidur2 ayam di depan tv dan menutup tv cepat2. Alasannya krn aku tdk mahu ayah risau bila aku tidur lewat. Tatkala aku solat, terngiang-ngiang di telingaku bacaan surah alfatihah oleh ayah. Tidak lupa juga surah2 lain yg ayah sering baca. Aku rindu utk berjemaah bersama-sama ayah.

Bab 2.
Aku rindu akan bacaan yasin secara berjemaah yg dipimpin oleh ayah. Bacaannya lancar dan selesa didengar. Aku rindu utk makan bersama-sama ayah. Duduk di satu meja dan makan lauk pauk yg mak masakkan. Seringkali ayah puji masakan mak. Bulan ramadan 1434, kami sering beli bakso di tepi kedai 1Stop. Baksonya masin tp sedap. Ayah suka makan bakso yg dibubuh sambal kerana sedap baginya. Sahur juga kami sering bangun makan...ayah akan panggil namaku bila aku masih tidur.. Aku rindu akan setiap baris kata yang ayah ucapkan. Tipu lah jika aku cakap kesedihan sudah benar2 tiada..

Bab 3.
Isnin 26 ogos 2013 / 20 syawal 1434H.
Aku ke sekolah spt biasa. Pulang ke sekolah juga spt biasa. Pukul 2.30 ptg aku pulang. Kira2 pukul 4 ptg, mak telefon mengatakan ayah di wad kecemasan, pengsan. Aku terkejut krn ayah smpai dimasukkan ke wad kecemasan. Pasti agak teruk kondisinya. Aku terus ke hosp kira2 pkul 4.30 ptg. Aku bergegas ke wad kecemasan dan nmpak mak berdiri di sblh ayah. Aku lihat ayah dan berkata "Ayah..ayah sedar dah ya.." Ayah tidak memberi respons sebaliknya hanya tenung aku. Kondisinya normal cuma kelihatan keliru.. Aku terus tanya mak sama ada sudah beritahu kakak2 dan abgku yg lain. Mak kata bhw mak hanya beritahu kakngah. Aku terus beritahu mak utk telefon kaklang.. kaklang terkejut dan sblm aku meletakkan telefon, aku terdengar kaklang berkata dengan nada yg sedih "Ayah masuk wad!!!.."

Bab 4.
Aku pulang ke rumah kira2 jam 6.30 ptg kerana risau hari semakin gelap. Sblm pulang aku carikan ayah bubur arab yg dijual berdekatan stesyen bas taiping. Sampainya aku disitu, kedai itu tutup. Niatku terpaksa dibatalkan kerana tuan kedai yg berhampiran memberitahu bahawa kedai itu telah ditutup sejak berbulan yang lalu. Aku sebaliknya membeli nasi goreng ayam dan sup dgn harapan ayah dpt makan setelah stabil. Kira2 hampir maghrib, kakngah dan abg razif smpai ke hosp taiping. Aku di rumah rasa tak tenang, aku terus mengambil baju dan seluar ayah yg dipakainya siang tadi. Bajunya terkena muntah dan seluarnya basah kerana ayah terbuang air kecil di dlm seluar. Dalam fikiranku, ternyata kondisi ayah agak lain macam. Ayah tak spt ini. Aku hanya mampu berdoa ayah selamat dan dpt pulang ke rumah keesokan harinya. Kira2 11 mlm, kakngah pulang dan aku bertanyakan apa kata doktor. Kakngah cakap bahawa ayah diserang stroke (angin ahmar). Separuh badan sebelah kanan tidak dpt digerakkan. Ayah juga tak mampu berbicara. MashaAllah!.. Luruh jantungku, senak perutku pabila mendengar kata2 kakngah itu. Air mata mengalir deras dan tidak mampu ditampung kolam mataku...

Bab 5. (akhir)
Aku hanya mampu doakan kesejahteraan ayah setiap masa dan ketika aku selesai solat. Aku sering berharap agar ayah dapat kembali spt dulu. Terlalu banyak perkara dan pengorbanan ayah kepada kami anak-anaknya. Mana mungkin kami tidak risau. Ayah, ayah akan sembuh ya. Ayah kuat. Lela akan berubah dan tolong mak ayah. Lela selalu berdoa utk ayah. Lela tak mampu nak jaga ayah macam ayah jaga lela masa lela sakit dulu. Tapi lela akan cuba. Maafkan lela ayah, lela sering sia-sia kan kemudahan yang ayah beri. Lela akan buat yang terbaik utk ayah. 

Doa:
Ya Allah ya Tuhanku, Aku terima ujian ini ya Allah. Wahai Maha Penyembuh, hanya Engkau yang berkuasa menyembuhkan ayah...maka sembuhkanlah ayah spt keadaan yang sediakala. Janganlah Engkau letakkan ujian ini kerana kesalahan kami. Ampunilah dosa ayah kami, Mohd Shariff b. Harun dan ibu kami, Normah binti Mohamed Saaidin. Amin ya rabbal 'alamin.
Benar, hargailah ibu dan ayah selagi mereka masih ada. Hargailah setip waktu yang terluang utk membantu mereka. Pengorbanan mereka tidak dapat dibalas walau dengan segunung harta. Doa anak akan bersama-sama ibu dan ayah. InsyaAllah.
Wassalam.......


Posted on Facebook @ 30 August 2013

No comments:

Post a Comment