Sunday, December 30, 2012

Melangkah ke alam DuaRibuTigaBelas

Assalamualaikum!
Hari ni masih 2012, jadi kita ade sehari lagi untuk tahun 2013!
Haha. "YAY" tahun ni mesti "BEST" sangat sebab ade SPM. Haha. Osem. Form 4 punya lessons pun entah kemana, ni nak spm.. Ya Allah, mudah-mudahan hamba-Mu ini dapat menjalani spm dengan berjaya. Amin..

Ok. Dah-dah. Banyak orang zaman millenium ni kata, Kalau kita nak happy, jangan bebankan perkara yang boleh membuatkan kita stress! Mesti la kan? So, here, perkara yang buat saya stress ialah ni  SPM

Jadi saya kena la berhenti fikir pasal spm sekejap. 


1. Tahun 2013 ni saya berazam nak jadi lebih baik dari tahun 2012. Of course semua orang nak jadi lebih baik kan. And then, saya nak jadi seorang pelajar yang menyiapkan homework sblm hari kena hantar. Haha. Psst*jgn bgtau org*

2. Lepas tu, saya berazam nak spend more time with books rather than spend time with technologies. Sebab ape, kalau dah nak dekat spm ni kena la banyak2 study, banyak2 muhasabah diri, banyak2 solat wajib dan sunat (Inshaa Allah). Kan?

3. Moreover (ecehh guna penanda wacana omputih pulak) saya nak dapatkan lesen P for motorcycle (B2) and for kereta! haha. I wish dapat la bawak kereta baik2. Boleh bawak orangtua pergi vacation. *haha angan je lebih*

4. Dan lagi, saya nak update blog at least one post per 6 months. Haha. Kira macam 2 post a year la. Why? Try bace balik azam yang kedua tu. kan?

5. Seterusnya, saya nak belajar masak, belajar jahit, belajar mcm mna nak jadi perempuan mithali la senang ckp. Haha. Ye la kan, nti kalau2 ade yg meminang, takde la segan sbb tak reti masak dsbgnya. 

6. Azam yang seterusnya: Saya nak fokus 100% dgn study. No lovelife *mmg takde sejak azali* haha. No entertainment. No tv. No hangout(once a year boleh kot). No phone :'(.
No games :'(. No android *phone la jugak..haih*. No sms *errr* . No fun! No other things that's not related to spm! Haha. 

So Stress isn't it?!! Haha..Kalau nak sress pun buat ape kan... Haha.. Nak taknak, kena la sabo. SPM ni sekali seumur hidup. Lainlah kalau nak repeat, jadilah quote "SPM ni berkali-kali seumo hidup." Haha. As my mom said "Hang ni dah masuk 17 tahun, tingkatan 5, jadi perangai, gaya hidup, study, cuba ubah jadi mcm orang tingkatan 5, bukan darjah 5!"

Haha. Nak tergelak pun ade, nak rakam bubuh kat youtube pun ade. Bukan selalu mak saya serious mcm tu. Haha. Anyway, tak kesah kita umur berape, yang penting 2013 ni mestilah kita jd kan tahun yg baik. Even last year kita tulis azam sampai berjela-jela, tapi takde satu pun yang kita dpt capai, tak boleh jugak kan... Biar la azam tu simple-mimple *merepek ape tah simple-mimple* tapi kita berjaya capai. 

To get the rainbow, we must first embrace the rain, sometimes we have to endure the storm before the sun come.

 “Sometimes you have to experience the bad, so that you can learn to appreciate the good."


Let's start our day with happiness and blessing. Be Positive! Use your senses to learn everything. Not even the existed 5 senses, but also use your heart and your mind. :)


Thursday, December 13, 2012

Insaf

Assalamualaikum ya al-Mudwan!
Hehe.. al- mudwan tu maksudnya bloggers. (Sumber Google Translate)

Ok, hari ni saya nak buat satu entri bertajuk seperti yg tertera di atas la kan.

Kenapalah saya buat entri ni pulak kan?.. Entah la, semenjak dua menjak ni rasa mcm nak berubah daripada negatif kepada positif. Hurm, okay, berbalik kepada tajuk.

Insaf mengikut kamus dewan:
Insaf: ..akan dirinya sedar akan dirinya. menginsafi mengerti serta menyedari keadaan yg sebenarnya..

Jadi pada pandangan saya, menginsafi diri dari segi istilah bermaksud menyedari keadaan yang sebenarnya yang telah dilakukan.

Banyak istilah dalam pelbagai bahasa yang boleh mengekspresikan tanda-tanda seseorang itu insaf atau sedar akan sesuatu perkara yang dilakukan.
Dalam bahasa Melayu, dipanggil meremang bulu roma.. kan?
Dalam bahasa Indonesia, disebut merinding.

Jadi insaf ni boleh wujud bila kita:

  • mengingat kembali perkara-perkara yang salah yang pernah dilakukan, dan kita sedar akan kesalahan perbuatan kita tu...
  • mendengar alunan nasyid/lagu yang bersifat ketuhanan dan lebih senang kalau nak faham lagu-lagu Islamic. (agama Islam)
  • mendengar alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan zikrullah.
  • diberi nasihat atau peringatan daripada orang lain.
  • mendengar ceramah atau kuliah di majlis-majlis ilmu.
  • ditimpa musibah.
  • dikurniakan hidayah oleh Allah.
Apabila kita dah wujud perasaan insaf dalam diri, kita sepatutnya:

  • bertaubat.
  • berazam tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.
  • mendekatkan diri kpd Allah dgn solat, zikir, amar makruf nahi mungkar dan sbg.
Hadis Rasulullah s.a.w: 
كل بني آدم خطاء، وخير الخطائين التوابون
Bermaksud : Setiap anak adam itu boleh melakukan kesilapan,dan sebaik-baik insan-insan yang bersalah ialah yang bertaubat. (hadith riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya,Imam At-Tirmizi,Ibnu Majah,dan Imam Al-Haakim di dalam Mustadraak daripada Anas radiallahu anhu dan berdarjat sahih oleh Imam As-Suyuthi di dalam Al-Jaamik As-Saghir)


Oleh itu, ayuhlah kita menginsafi diri dan bertaubat atas segala yang telah kita lakukan.
Kebanyakan entri di dalam post ini adalah daripada pengetahuan saya sendiri.
Hadis ialah dari sumber yang reliable dan saya kongsikan buat rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah, segala silap salah di dalam tatabahasa/budi bahasa/penggunaan istilah/tanda baca mahupun perkara lain harap dimaafkan.
Semoga entri ini dapat memberi manfaat. InsyaAllah.

Wallahualam.

Wednesday, December 12, 2012

Teringin ber"vlogging"

Hola!
Assalamualaikum.
Hehe.. Titile: Teringin ber"vlogging".
Meme pong! Haha..
Saya ni ade cita2 nak jadi motivator utk org awam. Haha..

Kriteria yg saya rasa ada pada saya yang membuatkan saya sesuai jadi motivator:
1. Boleh bercakap. (haha)
2. Boleh memberi nasihat :P
3. Boleh memahami orang lain.
4. Ada pengalaman.
5. Ada sixth sense. (haha)
6. Pandai membaca personaliti orang :P
7. dan lain-lain

Haha. Poyo je kan list2 semua benda tu.
Tapi kan, kalau nak bervlogging bagai ni, mesti la kena ade alat rakaman yang bagus kan?
That's it! That's what I'm going to have soon!
Haha.. *Berangan*

Ok ok.. Saya teringin ade kamera mcm bawah ni :
-Canon DSLR
-Handycam (tak tau jenama ape yg specific)

Haha, so, bila saya ade kamera mcm tu kan, saya boleh la vlogging dgn happy nya.. haha.. *Takde kena mengena*

Haha.. Ok la kan, that's it.
Semoga hidup anda dipenuhi pelangi-pelangi dan cintan-cintun ! Haha
Oki2..
See ya!
Assalamualaikum. (^_^)

Saturday, December 8, 2012

Mimpi yg pelik.. o.O

Hehe.. Assalamualaikum!
Haha.. Funny la tajuk atas ni.. adeh, but that's what really happened...
Malam semalam saya mimpi yang quite pelik la.. wahaha..
Walaupun selalu je mimpi pelik2... but this one is totally PELIK!
haha..

Ok ok.. Mimpi saya mcm ni la citer dia kan..
Satu hari rumah saya ada kenduri. Memang ramai la kan org datang rumah. But somehow, ade satu mamat ni dia kata dia my husband! LOL
Dalam hati saya pikir, "Bila masa pulak aku kawin ni?"
Haha, so I live la with him. Tapi duduk di rumah my mak. Haha..
And then nak dijadik kan cerita... haha.. somehow saya terrrrrrjatuh hati dekat dia.
Even logikla kan jatuh hati kat suami sendiri. LOL.
Tapi yg peliknya, dia tak suka saya pun.
I did everything la for him, such as make him breakfast and stick a "lovely" note on the cup.
And satu hari ni, "husband" saya tu confess, dia kata, "Saya tak suka awak, and saya ada perempuan lain, dia isteri kedua saya, dan kami ade dua orang anak."
That's it, tu dia kata. Haha, and entah macam mna, saya tak rasa kecewa or sedih tapi rasa happy.
Haha.. What the Fish punya dream kan?
Haha.. So I live my life and Go on.. Yeah, dia tak ceraikan saya pun. So it's like gantung tak bertali la something like that. haha..
And one day I met him, dia mintak maaf and everything. Dia kata bini kedua dia tu dah tipu dia, dah kikis harta dia. Dia menyesal tinggalkan saya. Haahahaha.. and suddenly saya pun terjaga la dari tidur..

Haha.. sebenarnye kan, my story kat sini tak kedengaran so PELIK sangat la kan, tapi mimpi saya tu seriously pelik gila.. haha.. It's like novel's story. Padahal mimpi.. Haha.. tu je kot..

Rase hilang sikit beban bila dah luahkan segala-galanya kat sini.. haha.. ok.. tu je kot,
Segala kesalahan tatabahasa dan grammar amatlah dikesali. haha.. byebye! :D

Wednesday, November 28, 2012

Harapan IV..

        Pagi ini kurasa hatiku seperti ada yang tidak kena. Mungkin kerana aku terlalu memikirkan rawatanku selepas ini. Sebentar tadi Maksu Lia keluar pergi membeli nasi lemak yang dijual di kafe. Aku diberitahu bahawa kemoterapi akan dijalankan pada pukul 2 petang. Resah hati ini tidak dapat aku gambarkan dalam sebaris ayat mahupun selembar karangan. Hanya Tuhan yang mengetahui dan memahami bagaimana gelisah, gundah dan risau diriku ini. Ya Allah, tenangkanlah hati hamba-Mu agar hamba dapat menjalani kemoterapi dengan mudah.

    :::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

        "Ana, bangun Ana. Kita nak jalankan chemo dah ni." suara kak Nora mengejutkanku dari tidur tengah hariku.
        "Oh, baiklah akak." hanya kata-kata itu sahaja yang mampu aku lontarkan. Mungkin kerana aku tidak pernah menjalani kemoterapi. Justeru, bermacam-macam anasir negatif muncul di mindaku.

        Aku lihat kak Nora memasangkan wayar lutsinar itu kepada jarum atau line yang ada di tanganku. Cecair yang mengalir di dalam wayar itu kulihat berwarna putih bersih seperti air biasa. Selepas beberapa jam, semua cecair di dalam sebuah botol yang digantung akan habis. Beberapa minit selepas cecair itu habis, aku akan mula merasai kesan-kesannya. Adakah aku akan pitam? Atau pening? Atau..... Ah, aku terlalu jauh berfikir! Aku perlu rehatkan mindaku daripada perkara-perkara yang boleh merunsingkan mindaku ini.
       Maksu Lia setia di sisi menemaniku. Aku bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang begitu menyayangiku. Ibu, Maksu Lia, nenek, ayah. Mereka semua sering bersamaku tatkala mendung dan cerah, gelap atau terang lebih-lebih lagi ketika suka dan duka. Ana sayang semua.    
      "Ana, tidur dulu lah ye.. nanti bila chemo dah habis, Maksu bangunkan Ana..." aku tersenyum dan terus melelapkan mata setelah Maksu Lia berkata begitu.

   ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

      Ya Allah.. Sukar sekali bagiku untukku membuka mataku ini. Apa yang terjadi kepada diriku ya Allah.
     "Ana.. Ana... Ana ok ke ni sayang?.." Aku terdengar suara Maksu sayup-sayup bertanyakan keadaanku.
     "Maksu, sakit sangat kepala Ana ni.. Ana tak mampu buka mata Ana, sakitnya Maksu..."
     "Nurse! Nurse! Ana sakit kepala ni." Maksu memanggil staffnurse yang bertugas.
     
     "Ana... bangun. Makan ubat ni. Nanti kalau sakit kepala lagi, bagitahu akak atau doktor yang bertugas ye." Kak Nora berkata sambil menghulurkan 2 biji pil. Barangkali panadol biasa yang bertindak sebagai painkiller. 

     "Macam mana sekarang ni? Dah berkurang sakit kepalanya?" Maksu bertanya kepadaku.
     "Alhamdulillah, dah berkurang Maksu. Maksu, keadaan Ana akan bertambah teruk ke? Ana takut."
     Aku lihat dahi Maksu sedikit berkerut. Apakah Maksu juga memikirkan perkara yang sama sepertiku. 
     "Ana, semua yang jadi ketentuan Allah... Kita hanya mampu menjalani hidup kita dengan izin-Nya. Maksu tahu Ana mampu. Ana ialah anak saudara Maksu yang paling kuat pernah Maksu kenal.." Kata-kata Maksu itu sedikit menghilangkan rasa gundah di hatiku. 
     
     "Dah la Ana. Tidur cepat, esok pagi kena bangun awal, ade chemo lagi kan?.." Pesan Maksu kepadaku.
     "Ye lah Maksu.."

    ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

     Sedar tidak sedar, sudah hampir satu bulan aku berada di dalam wad ini. Walaupun kini aku sudah habis menjalani kitaran kemoterapi yang pertama, aku masih terasa kesan kemoterapi itu. 
     Rambutku sudah mulai gugur. Rambutku gugur egenggam demi segenggam, bukan sehelai demi sehelai. Perkara ini membuatkan aku berasa sebak dan bertambah risau.
     Kulihat Maksu tidak jemu menjagaku. Jika aku teringin untuk makan sesuatu, Maksu pasti akan membeli untukku. 
     Keadaan di wad ini tidak banyak berbeza daripada wad yang lain. Cuma yang membezakan hanyalah penyakit yang dihidapi.

     "Ana.." Suara Kak Hanim memecah lamunanku. Kak Hanim sudah selesai dengan cuti bersalinnya selama 3 bulan. Hari ini ialah hari pertama dia bekerja kembali setelah cuti panjang.
     "Ini preskripsi ubat untuk Ana. Selepas ni, bagitahu Maksu untuk ambil ubat di Farmasi Utama ye?" Kak Hanim meletakkan sekeping preskripsi ubat di atas meja berdekatan katilku.
      "Apakah aku sudah dibenarkan pulang?.."



Sunday, June 24, 2012

Never give up...

Setiap yg jatuh pasti akan bangun semula.. Betul ke?...
Betul la kot kan... my result memang dah jatuh teruk sangat ni sampai tak dipanggil jatuh dah ni, ni dah kira jatuh tergolek... Oh tidak! Tidak! Tidak!
Adakah ini mimpi? lol.. xD
Tapi yg pelik nya saya tak rasa kecewa pun, tak rasa sedih pun... Cuma, rasa down ja.. "down tu pun kecewa jugak kan?"
Sayang nya, nasi dah jadi porridge... There's nothing else I can say~ Eh eh, eh eh~~
So, bila dah jatuh ni kena la bangun balik kan? Who say the bottom will always stay there? Merepek ape pulak ni... Ok lah..
Rupanya kelas Sains ni, kalau kita tak focus, tak tunjukkan minat yg mendalam, memang susah nak catch-up... Rasa mcm salah aliran pulak, yg dah berlalu tak boleh diubah kan? Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak pilih aliran, masalah menimpa... Apo boleh buek? Dah ter"pilih"... bukan terpilih yg "The chosen one" tu, ni terpilih yg "accidently chose"... Ni la akibatnya, dulu masa kecik2 nak jadi doktor! Dok tor yg merawat pesakit la kan.. tiba-tiba bila dah melangkah ke alam sains... rasa nak jadi arkitek pulak.. haha.. merepek lagi...

Moral of the story: Think before You Do, Think before You Choose!~

Ok?.. Dah la, nak pergi out dulu.. Assalamualaikum!~

Saturday, June 23, 2012

Pantang larang dan sebabnya

Assalamualaikum~
Pernah tak dengar pantang larang apa2 dari mak kita ke, nenek ke, makcik ke? Mesti pernah kan... Berikut saya senaraikan pantang larang dan sebab pantang larang tu dibuat... Check Out~

Larangan Anak Gadis menyanyi sewaktu di dapur
Pernah tak anak-anak dara kat luar sana, bila korang nyanyi kat dapur, mesti mak marah kan?.. Pastu mak mesti kata "Jangan nyanyi kat dapur! Nanti kau dapat kawin orang tua!".. Ha, tau tak kenapa mak cakap mcm tu? Apa motifnya kan?.. Sebabnya, Kalau tengah memasak, sibuk menyanyi sambil masak... nanti masakan tu hangus la! Kalau sekali masakan hangus takpe, ni berkali-kali, mesti takde orang muda yg nak kawin dengan org kurang pandai masak kan? Ade tu mmg ade, tapi tak ramai.. Oleh itu, hanya orang tua je lah yg akan berkahwin dengan anak gadis tersebut. Kan?

Larangan Menunjuk ke arah pelangi
Ha, ni yang paling hillarious (lawak!~) ... Haha, ok... sambung2.. Kenapa kita tak boleh tunjuk kat pelangi ye?.Orang kata kalau tunjuk kat pelangi nanti jari jadi kudung... Kalau nak tunjuk pun, mesti org suruh tunjuk dengan ibu jari sambil ibu jari diselitkan di antara jari telunjuk dengan jari tengah sambil menggenggam tangan. Kan? Sebabnya, orang dulu-dulu, diorang percaya pelangi tu merupakan tangga untuk bidadari-bidadari turun mandi ke tasik-tasik atau sungai di dunia ni. So, bila kita tunjuk kat pelangi, bidadari tu marah la kan? Dia pun sumpah la jari seseorang tu jadi kudung. Haha... Pelik kan? Tu orang dulu-dulu punya cerita... skrg ni, tak tau la..

Larangan Anak Gadis Angkat kaki ke belakang semasa meniarap
Ha, ni pun ade lagi satu pantang. Kalau sape2 anak gadis kat luar tu bila korang angkat kaki masa meniarap mesti mak akan cakap "Achik, turunkan kaki kau tu, nti mak takde baru tau." Tu lah antara versi orang kota, kalau versi utara, timur, selatan, tak tau la mcm mana kan. Tapi, persoalannya, kenapa mak cakap mcm tu?...Sebabnya, pada zaman dulu, anak-anak dara semua pakai kain batik, bayangkan kalau si mak lihat anak daranya meniarap sambil angkat kaki, mesti mak dia terkejut! Pastu mak dia mesti kata, "Opocot! Anak Aku!! Ya Allah... (terus pengsan)" Kena-kena pulak mak yg ade heart problem kan? Mesti-mestilah mak dia akan terkena serangan jantung dan, Innalillah... :(

Larangan Anak Gadis Lepak kat tangga/depan pintu
Haha, ni pasti korang akan kata, "Zaman sekarang mana ade org marah kalau kita lepak kat tangga!" Haha, memang! Ni kalau rumah kat kampung-kampung je ade tangga... Kalau rumah skrg ni pintu la kan? Ok lah. Kenapa orang tua-tua marah kita buat begitu? Pastu kalau kita duduk kat tangga mesti diorang kata nanti lambat dapat jodoh kan? Macam tipu je.... Haha, bukan tipu. Orang perempuan dulu-dulu kan jarang keluar rumah, jadi kalau lepak kat tangga, tak manis la orang yg lalu-lalang depan rumah nampak anak dara duk bertenggek dekat tangga/pintu. Kan? Tapi skrg ni orang dah tak ambik kesah sangat... haha

Ok lah... tu la orang tua-tua cakap mesti ada sebab. Diorang lebih banyak makan garam daripada kita. Semua ni saya dengar daripada beberapa rakan saya, dan saya masukkan cerita2 tu dalam post ni. Tapi jangan lah korang fobia nak nyanyi kat dapur pulak kan? Nyanyi je la, control sikit jgn smpai masakan hangus. Hehehe. Ok lah~ tu je... Terima kasih kerana membaca...

Tuesday, June 19, 2012

Leukemia?

Kalau ade orang sakit leukemia, mesti orang tanye..
"Leukemia tu ape?.."
"Awak Leukemia??? So, awak tahap berapa? Dah chemo berapa kali? Awak botak tak? "

Tu soalan yang selalu orang tanya. Ok, by the way.. korang nak tau tak kenapa saya tulis pasal leukemia ni? Nak tau? Ade banyak sbb kenapa saya tulis psal ni.
Antara sbb2 nya:
1. Sebab saya seorang pesakit leukemia. :)
2. Sebab saya nak beritahu kepada anda, bagaimana nak berhadapan dengan pesakit yang menghadapi penyakit ni. 

Ok. Dah tau kan apa sbb nya. Ok, nice! 

Cara Menghadapi Pesakit Leukemia
  • Sebenarnya, tak semua pesakit yang diisytiharkan leukemia tu, terus diberitahu tempoh masa akan hidup. Selalunya, dia akan menjalani terapi yang berkaitan dan rawatan-rawatan tertentu. Oleh itu, kepada anda semua yg membaca post ni, kalau jumpa pesakit leukemia, jangan terus tanya berapa lama akan hidup lagi! Ini penting, kalau korang tanya, mesti lah si pesakit akan rasa offense dengan soalan anda.
  • Next, confirm-confirm lah dia mesti ada buat chemo (melainkan pesakit new case). So, tak perlu tanya dah buat chemo ke belum. Tapi kalau nak tanya jugak. Up to you. Kalau nak tanya berapa kali chemo, tu takpe kot...
  • Ok, seterusnya, kalau kita jumpa pesakit.. jangan menangis atau menunjukkan muka yang sedih (terlalu sedih disebabkan keadaan pesakit). Kalau pelawat menangis, secara tidak langsung pesakit akan terkesan dan menjadi patah semangat. Oleh itu, berikan semangat kepada pesakit dan jangan biarkan dia sedih. 
  • Selain itu, anda juga boleh menceritakan kisah-kisah tentang pesakit lain yang berjaya survive untuk menjadi spirit booster untuk pesakit. Jangan sesekali menceritakan tentang kisah pesakit yang collapse! Never! Ok? I mentioned it as 'Never!'. Kisah-kisah yang fail akan menyebabkan semangat pesakit untuk berjuang menjadi semakin tipis. 
  • Anda pun boleh memberikan cadangan pemakanan yang boleh membantu pesakit. Kalau boleh jangan berikan cadangan rawatan alternatif/tradisional. Kalau nak berikan jugak, up to you lah kan. But, better ask doctor about the traditional medication. Kadang-kadang doktor tak bagi. 
Ok... Is everything clear?.. Sebenarnya, saya memberikan tips-tips kat atas ni hanya sebagai panduan. Semua di atas ialah pandangan saya sendiri sebagai seorang pesakit leukemia. Kadang-kadang pesakit leukemia atau kanser lain ni akan jadi lebih sensitif dan sebab itu kita sebagai kawan, jiran atau adik-beradik sekalipun, kita perlu mengawal emosi semasa berada dengan pesakit. Mungkin macam pesakit macam saya ni, saya tak kisah sangat tentang persepsi atau stigma orang lain. Saya open-minded dengan apa2 pandangan atau ekspresi. Tetapi.... lain padang lain belalang kan... Lain-lain pesakit, lain-lain perasaannya kan. Untuk lebih maklumat tentang leukemia, just google je. Google kan macam-macam ada.. haha.. ok! That's it. Assalamualaikum. 

Saturday, April 7, 2012

Harapan III...

        Mimik muka Dr Anitha yang bersahaja membuatkan aku tidak dapat mengenal pasti apakah yang difikirkan oleh seorang doktor pakar itu. Kelihatannya Dr Anitha dan doktor-doktor yang lain rancak berbincang mengenai sesuatu yang ku kira sangat serius. Aku mula berfikiran negatif. Ibu yang turun ke kafe di tingkat 1 masih lagi tidak muncul.
       "Ana, doktor tengah bincang pasal apa tu?" Mak Cik Hasnah bertanyaku dengan hasrat ingin mengetahui apakah yang sedang dibincangkan doktor-doktor itu.
       "Ana tak tahulah mak cik, mungkin mereka semua tengah bincang tentang result MRI scan Ana tadi kot... Ana takut la mak cik..." perasaan risau ini tidak mampu aku pendamkan seorang diri. Aku meluahkan juga kepada Mak Cik Hasnah.

        Mak Cik Hasnah juga sedang mendapatkan rawatan. Cuma Mak Cik Hasnah menghidapi penyakit barah payudara tahap ketiga. Aku dimaklumkan bahawa Mak Cik Hasnah sudah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 3 kali. Walaupun keadaannya kelihatan kurus dan tak bermaya, tetapi Mak Cik Hasnah mempunyai semangat yang kuat untuk berjuang melawan penyakitnya ini. Mak Cik Hasnah menjadi tulang belakangku untuk terus kuat melawan penyakit ini. 
        "Ana berdoa banyak-banyak ya... InsyaAllah jika kita berdoa dan pasrah pada-Nya, Dia akan sentiasa dekat dengan kita..." Mak Cik Hasnah cuba menenangkan ku.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

        Aku tidak mampu menahan kerisauan dan sebak dalam diriku ini. Aku tidak dapat membayangkan bagaimana keadaanku nanti apabila menjalani kemoterapi. Ternyata perbincangan serius sebentar tadi benar-benar membawa erti. Aku dimaklumkan bahawa tumor itu semakin membesar dan mengganggu bahagian otakku yang berfungsi dalam pertuturan. Dr Anitha hanya mengukir senyuman kecil yang menyembunyikan perasaan simpati ketika beliau memberitahu keputusan scan itu. 
       "Ya Allah... aku redha dengan ujian-Mu ini ya Allah... Sesungguhnya ujian yang Engkau berikan ini tidak lain hanya kerana ingin menambahkan ketakwaan dan keimananku kepada-Mu ya Allah..." aku merintih sendirian di dalam hati ini. Aku tidak mampu berkata-kata kerana perasaan takut ini menguasai diri.
       "Ana... dah jangan nangis lagi..." ibu memujukku.
       "Ibu, andai Ana tak dapat bertahan macam mana ibu..." tanpa sedar aku menuturkan kata-kata yang meruntuhkan semangatku sendiri.
        Ibu tersenyum lalu keluar meninggalkan ku sendirian. barangkali ibu menahan sebak dan tidak mahu menangis di hadapanku. Kemudian aku lihat ibu kembali ke dalam bilik wad ini dengan membawa 2 orang pelawat.
        "Maksu!!.." aku tergamam tatkala Maksu Lia masuk ke dalam bilik wadku bersama ibu dan nenek. Maksu Lia ialah mak cik saudara aku tunggal. Maksu Lia merupakan adik ibu. Mereka tidak mempunyai adik-beradik lain. Maksu sangat rapat denganku sehingga ketika Maksu ingin melanjutkan pelajaran ke Korea, aku tidak melepaskan tangan Maksu Lia yang ingin menaiki kapal terbang ketika itu. Malah, aku terus menggenggam tangannya sehingga ibu terpaksa meleraikan genggaman tanganku itu. 
         Kini, selepas 3 tahun, Maksu Lia pulang semula ke Malaysia. Kelihatannya Maksu Lia turut bersedih dengan takdir ini. Maksu Lia terus memelukku dengan erat. Tangisannya tidak dapat dikawal sehingga teresak-esak dan tersedu-sedu. Aku juga tidak dapat menahan perasaan sedih bercampur rindu. Sedih kerana disaat kepulangan Maksu Lia yang aku nantikan ini, aku pula tidak dapat meluangkan masa bersamanya.
         "Ana kuat kan.. Maksu tahu, anak saudara Maksu yang seorang ni kuat budaknya..." Maksu juga memujukku. Aku tidak berkata apa-apa melainkan tersenyum walaupun masih menangis.
         "Kaklong, nanti biar Lia jaga Ana la... Kaklong rehat kat rumah ok?.." Maksu Lia memberitahu ibu niatnya untuk menjagaku.
         "Takpe la... biar Kaklong jaga Ana, kan Lia baru balik dari Korea... Rehat la dulu kat rumah.. esok Lia datang lagi..." kata ibu.
         "Biar la Lia jaga... Lia bukan letih sangat pun... Kaklong lagi letih kan... Kaklong rehat dulu nanti Lia jaga Ana ok?... Lagipun Lia dah lama tak luangkan masa dengan Ana ni... Ye kaklong?..." Maksu Lia tetap bertegas mahu menjagaku. Ibu hanya bersetuju dan pulang bersama nenek.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

          "Ana, sini akak nak check blood pressure..."  kak Nora, jururawat yang bertugas shif malam memanggilku untuk memeriksa tekanan darah. 
          Sementara itu, kak Nora juga sempat memberitahuku tentang rawatan yang bakal dijalankan ini. "Nanti masa chemo, Ana jangan fikir bukan-bukan tau... banyakkan minum air masak sebab bila chemo nanti badan akan memerlukan banyak air... Malam ni tidur awal tau... Esok akan ada pegawai farmasi yang akan beri taklimat tentang chemo yang akan dijalankan. So, jangan risau tau..." 
         Aku mengangguk tanda faham akan pemberitahuan kak Nora tadi. Walaupun mataku masih bengkak dek tangisan tanpa henti sebentar tadi, aku cuba untuk tersenyum kepada kak Nora...
         "Ana, dah tido cepat... esok nak buat chemo kan... kena tido awal... Ana nak Maksu tepuk belakang Ana macam Ana masih kecil dulu ke?..." Maksu Lia bergurau denganku.
          Aku hanya ketawa kecil dengan gurauan Maksu Lia. 
          Entah bagaimana keadaanku esok..

                                                                                                                                          bersambung...

Thursday, March 29, 2012

Harapan II

        Setelah lama pandanganku dilontarkan ke luar wad, aku dikejutkan dengan kehadiran Dr Anitha, doktor pakar yang merawatku. 
"Eh cepat-cepat get ready , bos kita dah datang." kata kak Murni, salah seorang jururawat yang bertugas pagi ini.
        Kehadiran Dr Anitha untuk memeriksa pesakit pada setiap pagi pasti mengejutkan semua jururawat kerana Dr Anitha seorang doktor yang tegas. Dr Anitha akan memarahi jururawat yang bertugas sekiranya ada kesilapan mahupun sedikit, tetapi aku tidak terkesan dengan kedatangannya. Apa yang penting pada masa ini hanya kesihatanku. Ketika sampai giliranku untuk diperiksa oleh Dr Anitha, aku berasa sungguh berdebar. Fikiranku menerawang entah ke mana. Terlalu banyak perkara aku fikirkan.
        "Anastasha...Good morning..."
        "How do you feel today?.." sapa Dr Anitha kepadaku.
        "Ye, saya ok. Cuma malam tadi saya rasa sakit kepala la Dr, saya tak boleh tidur.." kataku sambil tersenyum.
        "Iya lah Dr. Semalam staff nurse Nora yang bertugas shif malam pun ada beritahu saya...Nora observe dan beritahu pain level dia tujuh per sepuluh..."kak Edina, jururawat yang bertugas memberitahu keadaanku kepada Dr Anitha.
        "Ok later, we do the MRI scan, and observe the tumour condition, if it's size increases, we'll treat her and give chemo in the next 3 days..." arah Dr Anitha kepada doktor pelatih yg bertugas.
         Hah? Chemo lagi tiga hari?... takutnya... Aku sudah mula berfikir luar dari kebiasaan. Aku takut sekiranya kesan chemo itu akan membuatkan aku lemah. Ya Allah, lindungilah aku dari segala kekusutan di dalam fikiranku ini. Aku ingin berfikiran positif dan menjalankan rawatan seperti biasa.
        "Ok Anastasha, petang ini kami akan scan your head, kita akan lihat sama ada ketumbuhan tu membesar atau tidak..."kata Dr Anitha.
        "Tapi doktor, hari tu kan tumour tu dah dibedah, kenapa masih ada lagi?..." aku bertanya untuk mendapatkan kepastian.
        "Ye, memang ia telah dibedah, tapi tidak mustahil untuk tumour itu kembali membesar kerana awak belum menjalani kemoterapi. Awak jangan risau, our staff will take good care of you...". Kata-kata Dr Anitha itu menambahkan keyakinan aku, aku rasa lebih semangat. Kerisauan dan kegusaranku mulai pudar.
         Setelah Dr Anitha keluar, ibu dibenarkan masuk untuk menemaniku. "Dr kata ape tadi?.." ibu bertanya kepada ku. "Tak ade ape pun bu, cuma Dr kata lepas ni kena buat MRI scan, kan malam tadi Ana sakit kepala... pastu, kalau tumour tu membesar, kalau je bu, bukan betul-betul... kalau membesar, Ana kena menjalani chemo tiga hari akan datang..." aku memberitahu ibu dengan perasaan yang tenang.
        "Tapi bu.... Ana takutlah... Ana takut nanti masa chemo Ana tak kuat nak melawan penyakit ni..." nada suaraku berubah menjadi lebih melankolik. Ibu yang melihatku hanya tersenyum, walau pada hakikatnya aku tahu di dalam hati ibu, ibu merintih dan menangis. 
        "Takpe Ana...ibu kan ade, nanti bila Ana tak larat, ibu tolong Ana... Ana jangan sedih-sedih tau, nanti kalau Ana sedih, ibu lebih sedih... Anak ibu kuat ibu tahu.."


                                     ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


          Setelah MRI scan dibuat, aku dibenarkan pulang ke wad untuk berehat. Sepanjang perjalanan ke wad, aku terlihat seorang anak kecil yang menangis sambil dipujuk oleh ayahnya. Aku diberitahu ibu bahawa anak kecil baru sahaja kehilangan ibunya akibat barah tulang. Hatiku luluh dek tangisan anak itu. Kasihan sekali, umurnya masih muda tetapi sudah ketiadaan ibu. 
         "Ana... dah, jangan tengok lagi, nanti Ana sedih, ibu tak suka Ana sedih tau..." ibu menegurku kerana tidak mahu aku patah semangat. Penyakit ini perlukan semangat yang tinggi untuk meneruskan kehidupan, sekiranya aku lemah, takut dan risau sepanjang masa, aku tidak akan mampu untuk melawan penyakit ini. Aku harus tabah! Ya, aku mampu.


                                  ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


         Jarum jam menunjukkan pukul 3 petang. Aku baring sambil membaca majalah Infiniti yang dibeli ibu. Majalah Infiniti bagiku sangat menarik kerana mempunya kisah-kisah yang pelik malah jarang ada majalah yang menerbitkan kisah-kisah sebegitu. Tiba-tiba, aku terlihat Dr Anitha masuk ke kaunter wad, dia bertanyakan fail yang mengandungi keputusan MRI scan aku tempoh hari. Kurang dari satu minit, kak Dila, jururawat bertugas, berjaya menemukan fail itu.
        "Ini fail tu Dr, tadi Dr Lee simpan bawah meja.."kata kak Dila.
        "Hurm... I see, ok, call all houseman to see me now." Dr Anitha memberikan arahan kepada kak Dila untuk memanggil semua doktor pelatih yang bertugas berjumpanya. Mungkin mereka akan diberikan arahan tentang rawatanku.                      
            
                                                                                    
                                                                                                                                      ....bersambung



Wednesday, March 28, 2012

Harapan...

Hari ini dah masuk hari ke 30 aku dihidapi penyakit yang kata orang tiada penyembuhnya. Ibu aku kelihatan tenang menjagaku. Tak pernah sekali pun ibu mengalirkan air matanya kerana sedih memikirkan aku. Senyuman sentiasa terukir di bibirnya. Begitu juga zikir dan surah-surah pilihan sentiasa menjadi kalimah yang selalu bermain di bibirnya. Kata ibu, "Kalau anak ibu kuat, semua orang jadi kuat tengok anak ibu ni. Ana kena kuat tau. Kalau Ana sedih, ibu pun sedih juga. Jangan fikir sangat ya pasal sakit ni. Ini ujian Allah kepada Ana. Kalau Allah uji kita, maknanya Allah masih sayangkan kita."
         Kata-kata ibu membuatkan aku semakin tabah melawan kanser otak ini. Walaupun aku di tahap yang paling bahaya, aku masih mampu melawannya dengan semangat aku. Aku bersyukur kerana Allah mengurniakan seorang ibu yang sangat menyayangi dan prihatin kepadaku.
         Esok merupakan hari terakhir aku menjalani rawatan kemoterapi ini. Kesan kemoterapi membuatkan aku rasa sangat letih dan tak bermaya. Aku tetap bertahan kerana aku tidak mahu ibu risau akanku.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Pagi yang tenang di sekitar bandar Ipoh ini membuatkan wad sunyi. Kadangkala ketika waktu pagi sekitar pukul 7.00 banyak kereta akan berpusu-pusu untuk ke tempat kerja. "Ibu, nanti bila Ana besar, Ana nak jadi doktor dan Ana nak tolong orang yang sakit macam Ana. Ana tak nak orang sedih dengan keadaan Ana. Ana nak orang kuat dan tabah apabila melihat Ana.

                                                                                                                                  .....bersambung > click

Monday, January 30, 2012

Aja aja hwaiting!! hehe... GAMBATTE!!

Lama sangat dah rasanya tak update blog ni...hehe... rasa takut pulok dah naik form 4 nih... tahun depan dah form 5, spm, wooo... dah jadik senior, haha... pengawas pulak tu...xD
btw, ana bersyukur alhamdulillah... pmr last year, result yang boleh dibanggakan... tp pelik, masa tau result tu, macam tak percaya pulak.. haha... ok.. i just want to say, Aja aja hwaiting!!! xD This is for my friend and I yg nak ambik SPM next year 2013... :)
Heheh... we can do it!! Yeah...xD