Pagi ini kurasa hatiku seperti ada yang tidak kena. Mungkin kerana aku terlalu memikirkan rawatanku selepas ini. Sebentar tadi Maksu Lia keluar pergi membeli nasi lemak yang dijual di kafe. Aku diberitahu bahawa kemoterapi akan dijalankan pada pukul 2 petang. Resah hati ini tidak dapat aku gambarkan dalam sebaris ayat mahupun selembar karangan. Hanya Tuhan yang mengetahui dan memahami bagaimana gelisah, gundah dan risau diriku ini. Ya Allah, tenangkanlah hati hamba-Mu agar hamba dapat menjalani kemoterapi dengan mudah.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
"Ana, bangun Ana. Kita nak jalankan chemo dah ni." suara kak Nora mengejutkanku dari tidur tengah hariku.
"Oh, baiklah akak." hanya kata-kata itu sahaja yang mampu aku lontarkan. Mungkin kerana aku tidak pernah menjalani kemoterapi. Justeru, bermacam-macam anasir negatif muncul di mindaku.
Aku lihat kak Nora memasangkan wayar lutsinar itu kepada jarum atau line yang ada di tanganku. Cecair yang mengalir di dalam wayar itu kulihat berwarna putih bersih seperti air biasa. Selepas beberapa jam, semua cecair di dalam sebuah botol yang digantung akan habis. Beberapa minit selepas cecair itu habis, aku akan mula merasai kesan-kesannya. Adakah aku akan pitam? Atau pening? Atau..... Ah, aku terlalu jauh berfikir! Aku perlu rehatkan mindaku daripada perkara-perkara yang boleh merunsingkan mindaku ini.
Maksu Lia setia di sisi menemaniku. Aku bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang begitu menyayangiku. Ibu, Maksu Lia, nenek, ayah. Mereka semua sering bersamaku tatkala mendung dan cerah, gelap atau terang lebih-lebih lagi ketika suka dan duka. Ana sayang semua.
"Ana, tidur dulu lah ye.. nanti bila chemo dah habis, Maksu bangunkan Ana..." aku tersenyum dan terus melelapkan mata setelah Maksu Lia berkata begitu.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Ya Allah.. Sukar sekali bagiku untukku membuka mataku ini. Apa yang terjadi kepada diriku ya Allah.
"Ana.. Ana... Ana ok ke ni sayang?.." Aku terdengar suara Maksu sayup-sayup bertanyakan keadaanku.
"Maksu, sakit sangat kepala Ana ni.. Ana tak mampu buka mata Ana, sakitnya Maksu..."
"Nurse! Nurse! Ana sakit kepala ni." Maksu memanggil staffnurse yang bertugas.
"Ana... bangun. Makan ubat ni. Nanti kalau sakit kepala lagi, bagitahu akak atau doktor yang bertugas ye." Kak Nora berkata sambil menghulurkan 2 biji pil. Barangkali panadol biasa yang bertindak sebagai painkiller.
"Macam mana sekarang ni? Dah berkurang sakit kepalanya?" Maksu bertanya kepadaku.
"Alhamdulillah, dah berkurang Maksu. Maksu, keadaan Ana akan bertambah teruk ke? Ana takut."
Aku lihat dahi Maksu sedikit berkerut. Apakah Maksu juga memikirkan perkara yang sama sepertiku.
"Ana, semua yang jadi ketentuan Allah... Kita hanya mampu menjalani hidup kita dengan izin-Nya. Maksu tahu Ana mampu. Ana ialah anak saudara Maksu yang paling kuat pernah Maksu kenal.." Kata-kata Maksu itu sedikit menghilangkan rasa gundah di hatiku.
"Dah la Ana. Tidur cepat, esok pagi kena bangun awal, ade chemo lagi kan?.." Pesan Maksu kepadaku.
"Ye lah Maksu.."
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Sedar tidak sedar, sudah hampir satu bulan aku berada di dalam wad ini. Walaupun kini aku sudah habis menjalani kitaran kemoterapi yang pertama, aku masih terasa kesan kemoterapi itu.
Rambutku sudah mulai gugur. Rambutku gugur egenggam demi segenggam, bukan sehelai demi sehelai. Perkara ini membuatkan aku berasa sebak dan bertambah risau.
Kulihat Maksu tidak jemu menjagaku. Jika aku teringin untuk makan sesuatu, Maksu pasti akan membeli untukku.
Keadaan di wad ini tidak banyak berbeza daripada wad yang lain. Cuma yang membezakan hanyalah penyakit yang dihidapi.
"Ana.." Suara Kak Hanim memecah lamunanku. Kak Hanim sudah selesai dengan cuti bersalinnya selama 3 bulan. Hari ini ialah hari pertama dia bekerja kembali setelah cuti panjang.
"Ini preskripsi ubat untuk Ana. Selepas ni, bagitahu Maksu untuk ambil ubat di Farmasi Utama ye?" Kak Hanim meletakkan sekeping preskripsi ubat di atas meja berdekatan katilku.
"Apakah aku sudah dibenarkan pulang?.."
That's it.. hehe.. Apakah Ana dibenarkan pulang ke rumahnya? Alright! Persoalan itu akan terjawab di episod yang seterusnya ok? Sorry la sbb cerita saya ni banyak sangat sambungan.. haha.. eh relax2, baru 4 episod, nak masuk lima episod ni.. hehe.. See ya in the Next Episode!
With love,
Little Princess
List2 Episode:
Harapan
Harapan II
Harapan III
No comments:
Post a Comment