Hehe.. al- mudwan tu maksudnya bloggers. (Sumber Google Translate)
Ok, hari ni saya nak buat satu entri bertajuk seperti yg tertera di atas la kan.
Kenapalah saya buat entri ni pulak kan?.. Entah la, semenjak dua menjak ni rasa mcm nak berubah daripada negatif kepada positif. Hurm, okay, berbalik kepada tajuk.
Insaf mengikut kamus dewan:
Insaf: ..akan dirinya sedar akan dirinya. menginsafi mengerti serta menyedari keadaan yg sebenarnya..
Jadi pada pandangan saya, menginsafi diri dari segi istilah bermaksud menyedari keadaan yang sebenarnya yang telah dilakukan.
Banyak istilah dalam pelbagai bahasa yang boleh mengekspresikan tanda-tanda seseorang itu insaf atau sedar akan sesuatu perkara yang dilakukan.
Dalam bahasa Melayu, dipanggil meremang bulu roma.. kan?
Dalam bahasa Indonesia, disebut merinding.
Jadi insaf ni boleh wujud bila kita:
- mengingat kembali perkara-perkara yang salah yang pernah dilakukan, dan kita sedar akan kesalahan perbuatan kita tu...
- mendengar alunan nasyid/lagu yang bersifat ketuhanan dan lebih senang kalau nak faham lagu-lagu Islamic. (agama Islam)
- mendengar alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan zikrullah.
- diberi nasihat atau peringatan daripada orang lain.
- mendengar ceramah atau kuliah di majlis-majlis ilmu.
- ditimpa musibah.
- dikurniakan hidayah oleh Allah.
- bertaubat.
- berazam tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.
- mendekatkan diri kpd Allah dgn solat, zikir, amar makruf nahi mungkar dan sbg.
كل بني آدم خطاء، وخير الخطائين التوابون
Bermaksud : Setiap anak adam itu boleh melakukan kesilapan,dan sebaik-baik insan-insan yang bersalah ialah yang bertaubat. (hadith riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya,Imam At-Tirmizi,Ibnu Majah,dan Imam Al-Haakim di dalam Mustadraak daripada Anas radiallahu anhu dan berdarjat sahih oleh Imam As-Suyuthi di dalam Al-Jaamik As-Saghir)
Oleh itu, ayuhlah kita menginsafi diri dan bertaubat atas segala yang telah kita lakukan.
Kebanyakan entri di dalam post ini adalah daripada pengetahuan saya sendiri.
Hadis ialah dari sumber yang reliable dan saya kongsikan buat rakan-rakan sekalian.
Alhamdulillah, segala silap salah di dalam tatabahasa/budi bahasa/penggunaan istilah/tanda baca mahupun perkara lain harap dimaafkan.
Semoga entri ini dapat memberi manfaat. InsyaAllah.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment