Rindu?
R tu Rasa dia di hati
I tu Ingat dia tiap masa
N tu Nampak dia di mana-mana
D tu Degup jantung tak tentu tanpanya
U tu Untuk dia lah hidup ini
Okey.
Jom kita analisa akronim kat atas tu.
Rindu. Jadi semua orang faham la kan rindu tu maksudnya apa.
Kalau rindu tu, kita mesti teringatkan dia, terfikirkan dia. Tengah masak, teringat dia. Tengah makan, nampak muka dia. Tengah belajar, dengar suara dia. Eh? Macam mana tu... Tak tentu lah hidup kan?
Jom fikir. Berbaloi kah kita jadi begitu sebab seorang manusia yang 'dah ketuk pintu hati kita' ? Berbaloikah?
Siapa tahu kan, mungkin sebenarnya jodoh dia bukan lah dengan kita. Jadi masa, tenaga, fikiran kita selama ni untuk dia tu? Macam mana?
So kat sini, bagi aku, aku akan ganti kan perasaan rindu daripada untuk 'dia' yg manusia kepada 'Dia' sang Pencipta. Dari 'nya' kepada 'Nya'.
Berbeza kan situasi tu?
Mungkin kita patut letakkan 'dia' di sudut fikiran kita yang palingggggg hujung. Sebab kita taknak fikir pasal dia ja. Tapi, Letakkan 'Dia' sang Pencipta dalam apa jua kita buat.
Baru la berbaloi kan perasaan RINDU tu?
R - Rasa Dia Sang Pencipta sentiasa dihati
I - Ingat Dia sepanjang masa
N - Nampak keagungan Dia di mana-mana
D - Degup jantung ini tak bermakna tanpa-Nya
U - Untuk Dia lah hidup ini.
اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
"Innasolati, wanusuki, wamahyaya, wamamati, lillahi rabbil 'alamin..."
- sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya kerana Allah SWT Tuhan seluruh alam.
Jadi, kenapa nak rindu kepada makhluk-Nya sedangkan Dia lah segala-galanya buat kita?
Rindu kepada Allah.. :')
No comments:
Post a Comment