Wednesday, November 26, 2014

R.I.N.D.U

Rindu?

R tu Rasa dia di hati
I  tu Ingat dia tiap masa
N tu Nampak dia di mana-mana
D tu Degup jantung tak tentu tanpanya
U tu Untuk dia lah hidup ini

Okey.

Jom kita analisa akronim kat atas tu.
Rindu. Jadi semua orang faham la kan rindu tu maksudnya apa.

Kalau rindu tu, kita mesti teringatkan dia, terfikirkan dia. Tengah masak, teringat dia. Tengah makan, nampak muka dia. Tengah belajar, dengar suara dia. Eh? Macam mana tu... Tak tentu lah hidup kan?

Jom fikir. Berbaloi kah kita jadi begitu sebab seorang manusia yang 'dah ketuk pintu hati kita' ? Berbaloikah?

Siapa tahu kan, mungkin sebenarnya jodoh dia bukan lah dengan kita. Jadi masa, tenaga, fikiran kita selama ni untuk dia tu? Macam mana?

So kat sini, bagi aku, aku akan ganti kan perasaan rindu daripada untuk 'dia' yg manusia kepada 'Dia' sang Pencipta. Dari 'nya' kepada 'Nya'.

Berbeza kan situasi tu?

Mungkin kita patut letakkan 'dia' di sudut fikiran  kita yang palingggggg hujung. Sebab kita taknak fikir pasal dia ja. Tapi, Letakkan 'Dia' sang Pencipta dalam apa jua kita buat.

Baru la berbaloi kan perasaan RINDU tu?

R - Rasa Dia Sang Pencipta sentiasa dihati
I  -  Ingat Dia sepanjang masa
N - Nampak keagungan Dia di mana-mana
D - Degup jantung ini tak bermakna tanpa-Nya
U - Untuk Dia lah hidup ini.


اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
"Innasolati, wanusuki, wamahyaya, wamamati, lillahi rabbil 'alamin..."
- sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya kerana Allah SWT Tuhan seluruh alam.

Jadi, kenapa nak rindu kepada makhluk-Nya sedangkan Dia lah segala-galanya buat kita?

Rindu kepada Allah.. :')

Jangan Jadi Baik Sangat Sangat

Baik sangat pun tak boleh.
Jahat sangat lagi la tak boleh.

Mungkin tu masalah kita.

Kalau baik, nanti ada la yang ambil kesempatan. Muka nampak baik? Itu jangan cakap la kan.

Kalau hati baik? Boleh, tapi kena sertakan dengan pendirian dan pemikiran yang tegas dan rasional. Ecewah, macam karangan lah pulak.

Kenapa pulak nak cakap hati baik kena ada semua elemen tu?
Memang kena ada.

Ada satu hari tu, aku pegi hospital X ni, ade orang nampak kesian sangat, dengan tongkat untuk jalan lagi, gayanya macam tak berduit. Orang tu pulak cakap, "Dik, mintak dua ringgit dik. Pakcik takde duit nak balik rumah dik."

Aku pun pikir, ala takpa kot bg. Kan elok derma kat orang.

Dalam aku amik masa nak pikir tu, pakcik tu entah tiba-tiba laju ja jalan pergi dr aku.
Aku pun pelik la kat situ.

Pastu ada seorang Pakcik lain mai, dia cakap, "Dik, kalau orang datang mintak derma ke, duit ke, jangan bagi dik. Sehari dia dapat beratus-ratus dari orang ramai kat hospital ni."
Aku pun macam percaya tak percaya la. Pastu aku pun biarkan je.

Beberapa bulan lepas tu, aku kena pegi jumpa doktor lagi. Masa tengah berjalan nak ke farmasi, ada la seorang Uncle ni lambai-lambai panggil aku dari jauh.

Ingatkan dia nak minta tolong aku ke apa ke. Rupa-rupanya mintak duit!

Uncle tu cakap, "Dik, tolong dik, bagi seringgit dik, saya tada duit mau balik, dik."

Aku masa ni dah ada pengalaman sikit nak handle orang macam ni. So aku pun tanya banyak kat dia.

"Family uncle mana? Anak? Isteri?... Tadi uncle mai sini naik apa? Kenapa sorang-sorang kat sini?"

Uncle tu dengan muka sedih cakap, "Tadi mari sama ambulen dik, anak bini tada."

Aku pun percaya la yang uncle ni memang nampak kasihan sangat. So aku bukak beg, amik 2 ringgit, walau hakikatnya uncle tu mintak seringgit.

Pastu tiba2 uncle tu buat drama pulak, dia tiba-tiba menangis!
Aku pun malas layan terus pegi.

Entah kenapa aku rasa nak lalu situ lagi sekali lepas abis amik ubat.

Dan ternyata, bam!
Andaian aku betul.

Uncle tu minta duit kat ramai orang lagi. :(
So, aku telah ditipu disitu. Kebaikan ku diambil kesempatan oleh orang.


Bayangkan kalau seorang bagi seringgit, kat seratus orang dia minatk? Kan dah rm100 dia dapat...

Jadi moral cerita nya ni... Nak jadi baik tu boleh, jangan baik sangat dan naif sampai orang tipu anda dan ambil kesempatan atas kebaikan anda.

Orang yang jahat sangat pun tak boleh jugak . So, be cautious and avoid naïve. Maksudnya jadi rasional dan jangan jadi naif. Okeh? Peace :)


Monday, November 17, 2014

Eh? Lawyer?

Sambil tunggu lampu merah bertukar hijau kat simpang depan Caltex Kamunting tu, aku pun tanya la mak. Saja sambil isi masa terluang. Haha.

Aku tanya, "Mak, kalau menantu mak tu lawyer, bulih dak?"
Andaian aku, mak akan cakap macam ni, "Haih, mengarut hang ni. Nanti stress, berdebat kat umah pasal undang-undang. Kan payah."
Rupa-rupanya, jawapan mak aku lain. Unexpected la orang putih kata.

Mak aku kata, "Awat? Hang dah ada ka? Bagus la sama-sama lawyer."
Hahahaha.
Aku duk tunggu lampu merah tu, boleh duk buat dialog spontan kat situ.

Elok la, lepas tu aku pun bawa la moto sampai umah.

Entah kenapa. Masa maghrib, mak aku suruh aku ambilkan wudhuk utk ayah. Aku pun macam lengah-lengah. Pastu, masa tu mak aku ambil kesempatan tanya pasal 'lawyer' yang tak wujud dlm hidup aku. Hahaha.

Mak tanya, "Lawyer tu orang mana?"
Aku terkesima kat situ.
Lepas tu aku gelak la punya tak ingat dunia.

Aku kata, "Ya Allah mak... Mana ada lawyer, merapu ja psal lawyer siang tadi tu."
Pastu aku sambung, "...tapi mak, bakal lawyer mmg la ramai kat Pahang tu. Kuikuikui"
Mak aku kata, "Ha elok, cari orang dekat-dekat, toksah jauh-jauh."

***

Haha.. Jadi cerita nya, mungkin mak rsa anak mak yang bongsu ni dh ckup besar utk ada "seseorang". Eh. Haha.
In shaa Allah, nanti kalau ada, mak la orang pertama yang lela bagitau sapa "seseorang" tu.

Dah takda lagi. So, tunggu je la. Haha..

Sekian. 😂



Monday, August 18, 2014

Don't Compare!

Assalamualaikum!

So.. How's ur day?

Jadi.. Hari ni mood lain. So ckp psl bnda lain.

Hari ni aq terfikir psl comparing ourselves with others.

Aku terfikir yg ptutkah kita compare diri kita dgn org lain.. Sdg kan kita sama2 hebat.

I mean, kalau kita tak compare pun sbnr nya boleh je kita go on.

Ya.. Contohnya..
Compare tahap rajin dgn kawan2..
Girls.. If that act of comparing urself with others boleh bantu kau move on.. Then it is okay..
Go on.
Because it is good for you.

But if that act makes you feel down and stupid...
Just stop.

You will never make it to be the best.
Well..maybe not the best.. But at least one of the good people.

So.. That's the point.
Jangan banding-bandingkan diri kita dgn org lain.
Sbb diorang lain.. Kita lain.

Tapi kalau it is in your nature to compare yourself.. Then it's okay.. Go on.

Tu je lah. Bye 😊
Be like the flowers, always accept and grateful of what they have. 

Sunday, August 17, 2014

Stay Good, Stay Positive!

Hey wsup.
And assalamualaikum.

Ok gini.
Tbh (to be honest),
I am still fighting with myself to move on.
But I'm ok..in fact, maybe better than before.

I just had a feeling that I should move on drastically.
Maybe like forget everything that is not important will do.
Or, maybe I shoud delete everything.
Amnesia? Nahh.. Not extend to that point.

So... Here's the deal.
I get myself up and be what I want to be.

I'm still frustrating of the thoughts that I shouldn't have.

Ok.. This girl, she's 18.
Most of the same-aged girl will stay at college, study and have fun.
But this one girl, she is struggling with her feelings.
That is what makes me irritate the most.

But.. Whatever.
This situation wouldn't last long.
So, I don't care.

I don't wanna make a single bad thing ruins everything.
I could fix it.
And I will fix it.

Duhh...
Nobody's gonna fix yourself.
Only you can fix it.

And..
I have a thought of candies.
I imagine that I have a lot of candy.
And.. One of the candies is sour.
I don't wanna make that one candy ruins the urge to eat the other candies.

So, stay positive.
You love yourself, do you?

Thursday, August 7, 2014

Wake Up!

"Ey!
Final Exam is coming!!
Wake up!"

That is the urge that I should have been said to myself, since the last raya break.

Ooy, raya break is only for a week.
And I dunno why I am making it seems like a month. T.T

So sad of myself.

Girl, wake up, wake up.

Stop living in your daydream.

Huaaaaaaa...
I really need some helps. Maybe more than some.

Assignments, tasks, presentations, all in one month.
Huh, now I understand the university life.
Girl, pressure is a must.
You don't sit around while doing nothing.
Bluhh.. That is what I'm doing right now.
I'm sitting around and doing blog.
Not an important task, but I'm still doing it.

Peer pressure?
Maybe some.
I don't care.

And as a girl, I'm dealing with my mood swings.
Haishhhh


What eeeviii.

Ok bye.

Wednesday, August 6, 2014

Sabar lah.

Terkadang suka
Terkadang duka
Terlihat gembira
Hakikat terluka
Hati dikuatkan walau di luka

Sabar lah.

Bukan kau sahaja yang berduka
Bukan kau sahaja yang rasa kecewa
Bukan kau sahaja yang bernama manusia

Asal manusia
Lemah
Rapuh
Lelah

Mudah kecewa
Mudah terluka

Sabar lah.

Kau lihat orang bahagia
Kau lihat orang ceria
Tapi apakah kau dapat lihat hati mereka?
Dapatkah kau baca fikiran mereka?
Mungkin mereka juga sama seperti kau
Mungkin mereka juga sama merasa kacau

Jangan lah kau hukum mereka.
Jangan hukum mereka di dalam minda mu
Kau dan mereka
Sama
Tiada beza

Punya masalah
Punya karenah
Cuma kalian tidak bercerita
Cuma kalian tidak bersama-sama
Buka cerita
Kongsi derita

Apa yang kalian lakukan
Cuma marah
Kerah
Arah

Tiada kongsi cerita

Wahai insan bernama manusia
Jika kau tidak tahu sesuatu
Jangan kau menghukum

Jika kau rasa kurang sesuatu
Jangan kau iri

Jika kau ingin akan sesuatu
Jangan meminta-minta

Sabar lah.

Amalkan sunnah Rasulullah

In shaa Allah hatimu kan tenang.

Sekeping Kaca bernama Hati

Hati
Mengapa mudahnya kau terima
Mengapa mudahnya kau percaya
Mengapa mudahnya kau mencinta

Berkali terluka
Namun kau tetap setia
Kau tetap ucapkan
"Tidak mengapa,
Aku dah biasa"

Hati
Bangun lah
Sedarlah
Ingatlah
Kau masih punya tubuh
Kau masih punya badan
Yang tetap memerlukan dirimu

Namun apa kau buat
Kau percaya pada dusta
Kau abaikan yang setia
Kau tinggalkan manusia

Kemana kau pergi
Ke hati orang lain
Atau ke mana-mana yang tak tentu
Kasihan badan, ditemani hati
Namun ditinggalkan

Hati
Tubuh badan perlukan kau
Pulanglah
Sedarlah
Bangkitlah

Apa yang kau harapkan
Tak mungkin kan kau dapat
Apa yang kau impikan
Tak mungkin kan jadi nyata

Sanggup kah kau menjadi seperti kaca
Terlihat ampuh namun rapuh
Terlihat cantik namun retak
Menunggu masa pecah berderai

Lupakan lah dia wahai hati
Dia bukan destinasi mu
Dia bukan masa depan mu
Dia bukan cara hidup mu

Kau masih punya akal yang bisa membantu
Kau masih punya iman yang setia menyatu
Kau masih punya Allah yang sentiasa di-situ
Di dalam hati mu

Jangan lah mudah percaya wahai hati
Tak kira lah hti yang dimiliki oleh wanita atau lelaki
Hati yang rapuh
Tetap bernama hati
Mudah percaya
Mudah mencinta

Aku tahu kau mampu berubah wahai hati
Aku tahu kau sudah penat mencari mimpi
Aku tahu kau ingin mengecap realiti.

Kau boleh.
Tetapkan hati, kerana kau bernama Hati.

Cerita Budak Biasa

Kisahnya pasal budak biasa.
Asalnya dari keluarga yang biasa.
Dibesarkan oleh ibu apa yang biasa-biasa.
Rakan-rakan yang biasa dan pengalaman yang biasa.
Tapi kebiasaan itu membuat dirinya menjadi tak suka perkara biasa.
Dia dikurniakan oleh Allah anggota dan tubuh seperti manusia lain yang biasa.
Alhamdulillah, boleh berbicara dan berkata-kata.
Cuma satu perkara kecil dalam dirinya.
Perkara kecil yang buatkan dia tak suka perkara biasa.
Perkara kecil yang dikenali dengan nama HATI secara amnya.

Hati nya kecil namun bercita-cita luar biasa.
Dia bosan dengan kehidupan biasa.
Dia bangun untuk lari dari zon selesa.
Dia beranikan diri dengan lebih dari biasa.
Beranikan diri di depan, orang petah berkata-kata.
Petah mengeluarkan hujah dan menyusun frasa.
Pandangan orang dilemparkan sementara.
Tapi dikekalkan kerana kepetahan bicaranya.
Mana tidak dikenal dirinya tanpa kata.

Satu masa,
Dia berubah dari diam kepada penuh kata.
Dari yang belajar kepada yang paling bijaksana.
Dari seorang penadah ilmu kepada pencurah ilmu.
Dari penunggu ilmu kepada penyimpan ilmu.

"Bukan susah nak jadi luar biasa,
Hanya perlu bangun dan yakin berbicara,
Pandangan orang padamu memang berbisa,
Tapi tiada yang lagi berbisa dari kurangnya ilmu di dada."
Kata-katanya tersemat di jiwa.
Akan ku simpan akan ku kota.
Bangun dan berbicara mampu ku laksana.
Tanpa usaha, mampukah aku berjaya?

Budak biasa itu telah berubah menjadi insan bijaksana,
Wacana ilmiah menjadi bahasa hariannya,
Yakin dan segak pakaian hariannya,
Kata dan aksara makanan hariannya,
Buku dan kitab sahabat setianya.

Alangkah indah menjadi budak biasa,
Tapi bangun menjadi luar biasa.
Terlahir bukan terus bijaksana,
Tapi membesar kekal membaca.

Nasihatnya aku dengar sentiasa.
Tanyalah Soal lah jika terpinga.
Jangan biarkan diri dibiasa,
Dengan soal dan tanya tanpa noktahnya.

Alangkah indah menjadi budak biasa.


Monday, June 30, 2014

Dua-dua Belah Kaki

Hai Assalamualaikum!
Macam biasa, saya memang suka update blog setelah berdekad-dekad lamanya.
Haha.
Hiperbola je berdekad-dekad.

Okeh, Sekarang ni saya dah hampir sebulan bergelar siswazah.
Banyak benda baru saya belajar.
Banyak jugak kawan baru saya jumpa.
Tapi takde lagi yang boleh menggantikan bestie :'(

So motif tulis blog hari ni adalah sebab saya nak share bahawa hari ni, saat ini, tika ini, 
kedua-dua belah kaki saya ni dah ada dalam universiti a.k.a menara gading.
Lol.
Sebenarnya takde la benda sangat nak share.
Poyos je ni.
Bila lagi nak poyos kan. Haha. Ok. Hambar di situ.

So untuk bakal school leavers kat luar sana, sama ada baru habis spm atau stpm, jangan la terlalu banyak pikir pasal apa akan jadi kat korang pada masa depan ni.
Jadilah macam air yang mengalir di sungai.  (analogi)
Biar apa pun ada di hadapan, kita tetap akan tempuh dengan sepenuh hati. 
Tak kisah lah perkara yang bakal kita tempuhi tu mungkin menyakitkan, menyusahkan kita, menggembirakan kita atau membantu kita sekalipun, kita tetap tempuhi dengan minda yang positif!
Ya!
Heheh.

So moral of the story, never give up and just go on with the flow. Sometimes it may be hard, sometimes it may be not that hard. Just go on~
Life can be so easy at times but life can also be different.

Live your life positively as there is no tomorrow. Live your life to the fullest!

Ouh another one. 
Sebagai seorang student yang belajar kat IPT, sangat lah wajib untuk kita ada Positive Mind :)
Biarlah apa yang berlaku di sekeliling kita, asalkan kita stay postive and live by ourselves. 
We aren't burdening others and they wouldn't burden us.
Simple, right?

Ok lah. Tu je. See ya :*