Kak Hana tersenyum sambil menuturkan quote dirinya sendiri kepada Annisa.
"Hah? Betul ke akak? Tapi saya susah nak bangun subuh. Paling gagah boleh buat subuh gajah."
Annisa garu-garu kepala sambil tunjukkan muka tak percaya.
Sambil tersenyum, Kak Hana menuturkan kata.
"Itulah awak. Akak suruh tidur awal. Dapatlah bangun awal. Tapi, bangun subuh ini bukan bergantung pada tidur awal sahaja. Nisa juga perlu tetapkan niat dan azam nak bangun subuh dan paling penting minta doa pada Allah untuk kejutkan pukul 5.30 pagi."
"5.30 pagi??? Kak.... Nisa ni nak bangun pukul 6.30 pagi pun dah berat. Inikan 5.30 pagi kak..."
"Sabar dulu. Dengar akak cakap sampai habis. Annisa bayangkan kalau terjaga pukul 5.30 pagi, mesti akan rasa mengantuk lagi kan? Lepas tu tertidur balik kan?"
"Ya betul tu. Jadi?"
"Jadi, masa awak tertidur semula, minda awak masih sedar. Secara tak langsung awak akan cuba paksa diri untuk bangun."
"Tapi akak... Saya tak nak paksa diri. Nak bangun secara semula jadi."
"Annisa, semua benda kalau nak mula, memang kena paksa. Tambahan lagi dalam hal solat. Lebih baik kan, kalau solat Subuh awal waktu walaupun secara terpaksa daripada Subuh gajah yang tergesa-gesa?"
Annisa terfikir untuk meluahkan sesuatu.
"MashaAllah akak. Baru saya sedar. Selama ni saya terlalu ikut diri sendiri untuk tidur. Sampai biarkan diri sendiri tertidur."
"Takpe Annisa. In shaa Allah, esok kita sama-sama solat Subuh awal waktu ya. Ingat, berdoa pada Allah supaya dapat bangun, baca tiga Qul, ayat Kursi dan doa sebelum tidur ya?"
"Baiklah akak. In shaa Allah, Annisa kuatkan diri!"
................
Annisa lihat kak Hana bangun menuju ke dapur.
"Kak Hana!"
Kak Hana sedikit terperanjat.
"Ya kenapa Nisa? Terkejut akak."
"Akak teman saya sekejap ya. Saya nak ambil wudhuk sebelum tidur. hihi "
"Baiklah. Akak tunggu kat sini ya."