Kisahnya pasal budak biasa.
Asalnya dari keluarga yang biasa.
Dibesarkan oleh ibu apa yang biasa-biasa.
Rakan-rakan yang biasa dan pengalaman yang biasa.
Tapi kebiasaan itu membuat dirinya menjadi tak suka perkara biasa.
Dia dikurniakan oleh Allah anggota dan tubuh seperti manusia lain yang biasa.
Alhamdulillah, boleh berbicara dan berkata-kata.
Cuma satu perkara kecil dalam dirinya.
Perkara kecil yang buatkan dia tak suka perkara biasa.
Perkara kecil yang dikenali dengan nama HATI secara amnya.
Hati nya kecil namun bercita-cita luar biasa.
Dia bosan dengan kehidupan biasa.
Dia bangun untuk lari dari zon selesa.
Dia beranikan diri dengan lebih dari biasa.
Beranikan diri di depan, orang petah berkata-kata.
Petah mengeluarkan hujah dan menyusun frasa.
Pandangan orang dilemparkan sementara.
Tapi dikekalkan kerana kepetahan bicaranya.
Mana tidak dikenal dirinya tanpa kata.
Satu masa,
Dia berubah dari diam kepada penuh kata.
Dari yang belajar kepada yang paling bijaksana.
Dari seorang penadah ilmu kepada pencurah ilmu.
Dari penunggu ilmu kepada penyimpan ilmu.
"Bukan susah nak jadi luar biasa,
Hanya perlu bangun dan yakin berbicara,
Pandangan orang padamu memang berbisa,
Tapi tiada yang lagi berbisa dari kurangnya ilmu di dada."
Kata-katanya tersemat di jiwa.
Akan ku simpan akan ku kota.
Bangun dan berbicara mampu ku laksana.
Tanpa usaha, mampukah aku berjaya?
Budak biasa itu telah berubah menjadi insan bijaksana,
Wacana ilmiah menjadi bahasa hariannya,
Yakin dan segak pakaian hariannya,
Kata dan aksara makanan hariannya,
Buku dan kitab sahabat setianya.
Alangkah indah menjadi budak biasa,
Tapi bangun menjadi luar biasa.
Terlahir bukan terus bijaksana,
Tapi membesar kekal membaca.
Nasihatnya aku dengar sentiasa.
Tanyalah Soal lah jika terpinga.
Jangan biarkan diri dibiasa,
Dengan soal dan tanya tanpa noktahnya.
Alangkah indah menjadi budak biasa.