Thursday, April 4, 2013

Sahabat, lawan or... kasih? oops

Hari ni sy tak betul sikit.. Haha..
Ok camni. Hidup kita ni kan ade banyak jenis manusia. Orang yang rapat dengan kita, dikategorikan sebagai keluarga, kawan, sahabat atau kekasih :P. Betul kan?

So macam mana nak bezakan antara kawan, sahabat atau kekasih nih? 

Haha okay. One.
Cara nak kenal sahabat.
  1. Juga dikenali dalam erti kata lain iaitu Best Friend Forever~ 'BFF'
  2. Dia akan selalu berada dengan korang waktu susah dan senang.
  3. Seseorang yg dah lama berkawan dengan anda dan anda sangat rapat dengannya.
  4. Apabila dia bergurau senda dengan anda secara berlebihan a.k.a kutuk kaw-kaw xD, anda takkan rasa marah atau tersinggung. Bahkan anda akan mengutuknya kembali :P
  5. Teman yang selalu sedia share makan, minum, duit, story, feeling, dll.
  6. Dia takkan marah anda kalau anda menegurnya dan dia akan terima seadanya.
  7. Seseorang yang anda akan rasa selesa apabila duduk di samping nya. 
  8. Apabila anda menangis, anda akan perlukan dia untuk jadi tempat mengadu.
  9. Dia akan merahsiakan perkara yang akan kongsi bersama-samanya.
  10. Akan share ilmu-ilmu yg dia ada dan kadangkala korang rasa mcm berkawan dengan ustazah/pakar motivasi.
  11. Pendek kata, korang memang tak tumpah macam isi dengan kuku. Walaupun berbeza tetapi korang tetap ade chemistry~

Ok, tu cara nak kenal sahabat. Cara nak kenal lawan ( of course dari sudut negatif) caranya pulak cenggini~
  1. Bersama-sama anda ketika senang sahaja. Anda dibiarkan sendirian apabila mengalami kesusahan. Huish teruk betul.
  2. Mendekati anda untuk mengambil kesempatan. Contoh: Sbb anda anak org kaya, atau anda ni hot setap (hot stuff lol) atau sebab anda ni hebat *lol takde idea nak pikir sebab lain*
  3. Kadang-kadang jadi talam dua muka.
  4. Air mukanya kadang-kadang ok, dan sebaliknya.
  5. Bijak memanipulasi kata-kata untuk kepentingan peribadi.
  6. Suka bocorkan rahsia anda. Kalau boleh setiap satu perkara yg anda kongsikan bersama-samanya pasti akan diceritakan kepada orang lain.
  7. Memburukkan diri anda pabila anda tak bersama-samanya.
  8. Anda akan rasa kurang selesa apabila bercakap dengannya.
  9. Pendek kata, korang boleh detect someone tu kawan ke lawan. So decide~
And then cara nak kenal kasih.. korang sendiri tau kan? :) Live life~