Thursday, March 29, 2012

Harapan II

        Setelah lama pandanganku dilontarkan ke luar wad, aku dikejutkan dengan kehadiran Dr Anitha, doktor pakar yang merawatku. 
"Eh cepat-cepat get ready , bos kita dah datang." kata kak Murni, salah seorang jururawat yang bertugas pagi ini.
        Kehadiran Dr Anitha untuk memeriksa pesakit pada setiap pagi pasti mengejutkan semua jururawat kerana Dr Anitha seorang doktor yang tegas. Dr Anitha akan memarahi jururawat yang bertugas sekiranya ada kesilapan mahupun sedikit, tetapi aku tidak terkesan dengan kedatangannya. Apa yang penting pada masa ini hanya kesihatanku. Ketika sampai giliranku untuk diperiksa oleh Dr Anitha, aku berasa sungguh berdebar. Fikiranku menerawang entah ke mana. Terlalu banyak perkara aku fikirkan.
        "Anastasha...Good morning..."
        "How do you feel today?.." sapa Dr Anitha kepadaku.
        "Ye, saya ok. Cuma malam tadi saya rasa sakit kepala la Dr, saya tak boleh tidur.." kataku sambil tersenyum.
        "Iya lah Dr. Semalam staff nurse Nora yang bertugas shif malam pun ada beritahu saya...Nora observe dan beritahu pain level dia tujuh per sepuluh..."kak Edina, jururawat yang bertugas memberitahu keadaanku kepada Dr Anitha.
        "Ok later, we do the MRI scan, and observe the tumour condition, if it's size increases, we'll treat her and give chemo in the next 3 days..." arah Dr Anitha kepada doktor pelatih yg bertugas.
         Hah? Chemo lagi tiga hari?... takutnya... Aku sudah mula berfikir luar dari kebiasaan. Aku takut sekiranya kesan chemo itu akan membuatkan aku lemah. Ya Allah, lindungilah aku dari segala kekusutan di dalam fikiranku ini. Aku ingin berfikiran positif dan menjalankan rawatan seperti biasa.
        "Ok Anastasha, petang ini kami akan scan your head, kita akan lihat sama ada ketumbuhan tu membesar atau tidak..."kata Dr Anitha.
        "Tapi doktor, hari tu kan tumour tu dah dibedah, kenapa masih ada lagi?..." aku bertanya untuk mendapatkan kepastian.
        "Ye, memang ia telah dibedah, tapi tidak mustahil untuk tumour itu kembali membesar kerana awak belum menjalani kemoterapi. Awak jangan risau, our staff will take good care of you...". Kata-kata Dr Anitha itu menambahkan keyakinan aku, aku rasa lebih semangat. Kerisauan dan kegusaranku mulai pudar.
         Setelah Dr Anitha keluar, ibu dibenarkan masuk untuk menemaniku. "Dr kata ape tadi?.." ibu bertanya kepada ku. "Tak ade ape pun bu, cuma Dr kata lepas ni kena buat MRI scan, kan malam tadi Ana sakit kepala... pastu, kalau tumour tu membesar, kalau je bu, bukan betul-betul... kalau membesar, Ana kena menjalani chemo tiga hari akan datang..." aku memberitahu ibu dengan perasaan yang tenang.
        "Tapi bu.... Ana takutlah... Ana takut nanti masa chemo Ana tak kuat nak melawan penyakit ni..." nada suaraku berubah menjadi lebih melankolik. Ibu yang melihatku hanya tersenyum, walau pada hakikatnya aku tahu di dalam hati ibu, ibu merintih dan menangis. 
        "Takpe Ana...ibu kan ade, nanti bila Ana tak larat, ibu tolong Ana... Ana jangan sedih-sedih tau, nanti kalau Ana sedih, ibu lebih sedih... Anak ibu kuat ibu tahu.."


                                     ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


          Setelah MRI scan dibuat, aku dibenarkan pulang ke wad untuk berehat. Sepanjang perjalanan ke wad, aku terlihat seorang anak kecil yang menangis sambil dipujuk oleh ayahnya. Aku diberitahu ibu bahawa anak kecil baru sahaja kehilangan ibunya akibat barah tulang. Hatiku luluh dek tangisan anak itu. Kasihan sekali, umurnya masih muda tetapi sudah ketiadaan ibu. 
         "Ana... dah, jangan tengok lagi, nanti Ana sedih, ibu tak suka Ana sedih tau..." ibu menegurku kerana tidak mahu aku patah semangat. Penyakit ini perlukan semangat yang tinggi untuk meneruskan kehidupan, sekiranya aku lemah, takut dan risau sepanjang masa, aku tidak akan mampu untuk melawan penyakit ini. Aku harus tabah! Ya, aku mampu.


                                  ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


         Jarum jam menunjukkan pukul 3 petang. Aku baring sambil membaca majalah Infiniti yang dibeli ibu. Majalah Infiniti bagiku sangat menarik kerana mempunya kisah-kisah yang pelik malah jarang ada majalah yang menerbitkan kisah-kisah sebegitu. Tiba-tiba, aku terlihat Dr Anitha masuk ke kaunter wad, dia bertanyakan fail yang mengandungi keputusan MRI scan aku tempoh hari. Kurang dari satu minit, kak Dila, jururawat bertugas, berjaya menemukan fail itu.
        "Ini fail tu Dr, tadi Dr Lee simpan bawah meja.."kata kak Dila.
        "Hurm... I see, ok, call all houseman to see me now." Dr Anitha memberikan arahan kepada kak Dila untuk memanggil semua doktor pelatih yang bertugas berjumpanya. Mungkin mereka akan diberikan arahan tentang rawatanku.                      
            
                                                                                    
                                                                                                                                      ....bersambung



Wednesday, March 28, 2012

Harapan...

Hari ini dah masuk hari ke 30 aku dihidapi penyakit yang kata orang tiada penyembuhnya. Ibu aku kelihatan tenang menjagaku. Tak pernah sekali pun ibu mengalirkan air matanya kerana sedih memikirkan aku. Senyuman sentiasa terukir di bibirnya. Begitu juga zikir dan surah-surah pilihan sentiasa menjadi kalimah yang selalu bermain di bibirnya. Kata ibu, "Kalau anak ibu kuat, semua orang jadi kuat tengok anak ibu ni. Ana kena kuat tau. Kalau Ana sedih, ibu pun sedih juga. Jangan fikir sangat ya pasal sakit ni. Ini ujian Allah kepada Ana. Kalau Allah uji kita, maknanya Allah masih sayangkan kita."
         Kata-kata ibu membuatkan aku semakin tabah melawan kanser otak ini. Walaupun aku di tahap yang paling bahaya, aku masih mampu melawannya dengan semangat aku. Aku bersyukur kerana Allah mengurniakan seorang ibu yang sangat menyayangi dan prihatin kepadaku.
         Esok merupakan hari terakhir aku menjalani rawatan kemoterapi ini. Kesan kemoterapi membuatkan aku rasa sangat letih dan tak bermaya. Aku tetap bertahan kerana aku tidak mahu ibu risau akanku.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Pagi yang tenang di sekitar bandar Ipoh ini membuatkan wad sunyi. Kadangkala ketika waktu pagi sekitar pukul 7.00 banyak kereta akan berpusu-pusu untuk ke tempat kerja. "Ibu, nanti bila Ana besar, Ana nak jadi doktor dan Ana nak tolong orang yang sakit macam Ana. Ana tak nak orang sedih dengan keadaan Ana. Ana nak orang kuat dan tabah apabila melihat Ana.

                                                                                                                                  .....bersambung > click